• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hikmah Hampir Terlepas Flight, Atlet Taekwondo Sabah Berjaya Hadiahkan Pingat Emas

Oleh
Aina Musa
1 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Hikmah Hampir Terlepas Flight, Atlet Taekwondo Sabah Berjaya Hadiahkan Pingat Emas

Tahniah diucapkan buat Leonell Bellvin

Hikmah Hampir Terlepas Flight, Atlet Taekwondo Sabah Berjaya Hadiahkan Pingat Emas. Harapan cerah atlet-atlet muda taekwondo Sabah untuk mengharumkan nama negeri di kejohanan antarabangsa hampir musnah apabila mereka terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, berkat semangat juang yang membara dan bantuan orang ramai, mereka berjaya menyertai kejohanan berprestij tersebut.

Hikmah Hampir Terlepas Flight, Atlet Taekwondo Sabah Berjaya Hadiahkan Pingat Emas. Kredit foto: FB Riniejene Anthony

Menurut sumber, pasukan belia Sabah itu sepatutnya menaiki pesawat tambang murah dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada pukul 9.30 pagi.

Tetapi disebabkan kelewatan jadual penerbangan, mereka tiba di Sandakan lewat daripada masa yang dirancang dan terlepas penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Berita mengenai nasib malang pasukan taekwondo negeri itu tersebar luas dalam talian. Netizen bersatu hati mengumpul dana untuk membeli tiket penerbangan baharu bagi memastikan pasukan belia itu dapat bertanding dalam Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Hwarang Warrior 2024.

Hasilnya, kira-kira RM18,000 berjaya dikutip melalui tabung dalam talian dalam masa singkat.

Dengan bantuan dan galakkan dari orang ramai, pasukan taekwondo Sabah bergegas bertolak ke Kuala Lumpur. Sesampainya di sana, mereka mula menunjukkan aksi cemerlang dengan meraih pingat emas pertama menerusi atlet Leonell Bellvin.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Leonell serta seluruh pasukan taekwondo Sabah kerana berjaya memperoleh pingat pertama buat negeri.

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang indah untuk mereka meraih lebih banyak lagi kemenangan demi mengharumkan nama Sabah di peringkat antarabangsa.

Baca lagi artikel menarik:

Atlet Muda Sabah Hampir Terlepas Kejohanan Antarabangsa, Netizen Sepakat Kumpul Derma Beli Tiket
Pernah Cuba Banyak Pekerjaan, Lelaki Di Sarawak Ini Kongsi Kisah Inspirasi Untuk Orang Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menjadi Penghubung Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Kini Siap Sepenuhnya Menjadi Penghubung Sabah, Brunei Dan Kalimantan, Miri Sentral Kini Siap Sepenuhnya
Next Article Netizen Kagum Lihat Kepetahan Pakcik Dari Canada Bertutur Bahasa Melayu Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?