• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hilux Sempat Patah Balik, Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Di Sabah

Oleh
Farisha
30 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

“Patah Balik, Patah Balik!” – Hilux Nyaris Dihanyutkan Arus Deras Di Sabah

Hilux Sempat Patah Balik, Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Di Sabah. Satu video yang tular di Facebook baru-baru ini membuat netizen tidak senang duduk apabila sebuah kereta hampir hanyut dibawa arus deras ketika cuba melintasi sungai yang banjir.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Tongod, Sabah itu menunjukkan sebuah kereta Hilux berdepan detik cemas apabila air deras mula menolak kenderaan tersebut.

Hilux Sempat Patah Balik, Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Di Sabah
Hilux Sempat Patah Balik, Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Di Sabah

Dalam video yang dikongsikan, suara panik individu di tempat kejadian jelas kedengaran menjerit, “Patah balik, patah balik!” – dan mujurlah pemandu bertindak pantas dengan mengundurkan kenderaan sebelum tragedi berlaku.

Pelbagai reaksi daripada netizen

Netizen di ruangan komen turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan pantas pemandu dan ada juga yang mengingatkan tentang bahaya meredah banjir.

Ada juga yang memberikan pandangan lebih kritikal mengenai tindakan berani meredah banjir:

“Kenapa orang yang pakai kereta besar-besar mcm ni suka sangat langgar banjir sedangkan air sungai besar masih juga mahu lawan kuasa alam?

“Jgn buat kalau akhirnya menyusahkan team SAR. Kadang-kadang ego tu perlu di turunkan.

Namun, ada juga yang bersangka baik dan melihat dari sudut berbeza:

“Mungkin dia ada kecemasan sebab tu dia cuba melimpas, kita tak tahu. Semoga baik-baik saja.

“Tapi, hebat juga keretanya tidak mati enjin.

Sebagai peringatan, pihak berkuasa sering menasihati orang ramai untuk tidak cuba meredah jalan yang sudah ditenggelami air, lebih-lebih lagi jika arus deras. Nyawa lebih berharga, jadi jika nampak air naik, lebih baik cari jalan alternatif atau tunggu sehingga selamat untuk melintas.

Apa pendapat anda tentang insiden ini? Pernahkah anda mengalami situasi mencemaskan seperti ini? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai keadaan banjir di Sarawak:

Tenggelam Timbul Selama 3 Minit, Mangsa Bot Karam Di Bintulu Akhirnya Selamat
Ketahui King Tide, Fenomena Air Pasang Paling Tinggi Semula Jadi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tenggelam Timbul Selama 3 Minit, Mangsa Bot Karam Di Bintulu Akhirnya Selamat
Next Article Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?