• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu

Oleh
Nazihah AN
30 Januari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu

Lihat di bawah untuk senarai penuh

Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu. Penduduk di Bintulu yang terjejas akibat banjir kini boleh mendapatkan pelbagai bentuk bantuan daripada individu, perniagaan, dan organisasi yang prihatin terhadap situasi ini. Antara bantuan yang ditawarkan termasuk makanan percuma, tempat perlindungan sementara, dan kemudahan pengecasan telefon secara percuma.

Isi Isi Penting
  • 1. Bantuan Wang Tunai RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah (KIR)
  • 2. Pengecasan Telefon Percuma di Digital Cellular Sales & Services
  • 3. Bantuan Makanan Percuma
  • 4. Tempat Perlindungan Sementara Untuk Mangsa Banjir
  • 5. Bantuan Barangan Keperluan Seperti Pampers dan Susu Bayi
  • 6. Pakaian Percuma di REL Bundle, Tanjung Batu Bintulu
  • 7. Cucian Pakaian Percuma, JD’s Dobi (Area junction 5)

Berikut adalah senarai bantuan yang boleh didapatkan oleh mangsa banjir di Bintulu dan kawasan sekitar:

Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu

1. Bantuan Wang Tunai RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah (KIR)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir dalam tempoh pemulihan.

2. Pengecasan Telefon Percuma di Digital Cellular Sales & Services

Digital Cellular Sales & Services di Bintulu menawarkan kemudahan pengecasan telefon secara percuma di cawangan mereka. Ini penting bagi mangsa banjir untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan mendapatkan maklumat penting. Dua lokasi yang menawarkan perkhidmatan ini adalah:

  • Li Hua Plaza, Bintulu (Waktu Operasi: 7:30AM – 7:30PM)
  • Parkcity Mall, Bintulu (Waktu Operasi: 9:00AM – 9:00PM)
  • No 92 Lorong Manggis 9, Golden Hill Villa Phase 2, Bintulu

3. Bantuan Makanan Percuma

Beberapa individu dan organisasi menyediakan makanan percuma kepada mangsa banjir:

  • Treena Mazda & Team: Menyediakan bantuan makanan dan minuman serta boleh dihubungi untuk penghantaran segera.
    • 01115542970 Dyana Peter
    • 014-587 5151 Treena Mazda
    • 0168441928 Cecelia Lagak
    • Louisa Sunny Henry
  • Haji Street Kitchen X Kopi Ka’au Bilem Miri: Memberikan pek makanan percuma kepada yang memerlukan. Singgah untuk dapatkan pek makanan di Pujut 1B, Berdepan SK Pujut Corner.
  • Ajun Zulkapli & Team: Menghantar makanan segera seperti mee goreng dan nasi berlauk kepada mangsa banjir yang benar-benar memerlukan.
    • Ajun: 01131454645 (Call/ Whatsapp)
    • Aira: 0148820840 (Whatsapp)
  • Dapo Bonda Cafe & Catering: Menawarkan pek makanan percuma bagi kawasan yang terjejas.
  • Boleh buat self collect di Star Moon Hotel, Bintulu Sentral

4. Tempat Perlindungan Sementara Untuk Mangsa Banjir

Mangsa banjir yang tidak mempunyai tempat berteduh boleh mendapatkan perlindungan sementara di beberapa lokasi berikut:

  • Chris: Membuka sebuah kedai berdekatan Medan Mall untuk memberikan tempat perlindungan kepada mangsa banjir.
  • Daniel Leng Wai Siong: Menawarkan ruang perlindungan sementara di Kemena Industrial Estate.
  • Gereja BEM Bandar Bintulu
  • Masjid Assyakirin Bintulu

5. Bantuan Barangan Keperluan Seperti Pampers dan Susu Bayi

Untuk keluarga yang memerlukan keperluan bayi seperti pampers dan susu, boleh menghubungi Sharmine Suhaine/ Nia Suhaine melalui WhatsApp atau Messenger untuk mendapatkan bantuan segera. Atau anda juga boleh hubungi 01115542970 Diana.

6. Pakaian Percuma di REL Bundle, Tanjung Batu Bintulu

REL Bundle di Tanjung Batu Bintulu menawarkan pakaian percuma kepada mangsa banjir. Orang ramai boleh datang ke kedai mereka dan mengambil pakaian yang disediakan dalam bakul khas secara percuma.

Ini Senarai Bantuan Untuk Penduduk Terjejas Banjir Di Bintulu

7. Cucian Pakaian Percuma, JD’s Dobi (Area junction 5)

Mangsa banjir yang mempunyai pakaian kotor akibat banjir boleh menggunakan perkhidmatan dobi percuma di JD’s Dobi, Area Junction 5 mula 30 Januari hingga 1 Februari 2025.

Tambahan:

Banjir yang melanda Bintulu memberi kesan besar kepada penduduk, tetapi bantuan daripada pelbagai pihak membuktikan semangat perpaduan dalam masyarakat. Jika anda atau sesiapa yang anda kenali memerlukan bantuan, jangan ragu untuk menghubungi individu atau organisasi yang disenaraikan di atas. Sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai yang boleh mendapatkan pertolongan.

Sementara itu, beberapa jalan juga terpaksa ditutup akibat kejadian tanah runtuh, baca sini:

Beberapa Jalan Terpaksa Ditutup Sementara Di Sri Aman, Serian Dan Miri
Jalan Temalat Song-Kapit-Sibu Terputus Akibat Jalan Retak dan Runtuh

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilux Sempat Patah Balik, Nyaris Hanyut Dibawa Arus Deras Di Sabah
Next Article Ini Senarai Talian Kecemasan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?