• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas

Oleh
ILB - AI
8 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas

Bantuan untuk mereka yang terjejas akibat PKP

H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas. Pasar raya H&L Retail Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengagihkan makanan percuma kepada mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan hujung Mei lalu.

Dalam sebuah kenyataan media yang tulus, niat mereka untuk melakukan pemberian ini adalah untuk membantu mereka yang mengalami impak negatif akibat PKP dan sangat memerlukan sekurang-kurangnya makanan asas.

H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas

Makanan akan dihidangkan pada pukul 11 pagi dan 5 petang

Menurut kenyataan media H&L, mereka menyedari bahawa kebanyakan orang terjejas teruk oleh PKP baru-baru ini sehingga mereka tidak dapat makan kerana kehilangan pekerjaan dan terpaksa menggunakan wang simpanan mereka untuk menyara diri dan keluarga mereka.

Oleh itu, mereka telah membuat inisiatif untuk menghidangkan makanan di H&L Eco Mall, Matang Mall, Aiman Mall, Eastern Mall dan Kuching Sentral pada pukul 11 pagi dan 5 petang.

Pastikan anda pergi ke H&L yang telah ditetapkan. Kredit: catscityhornbillland

Kuantiti yang dihidangkan adalah terhad dan akan dihidangkan mengikut pendekatan first come, first serve.

Sekiranya anda mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan ini, atau anda memerlukannya, pastikan anda pergi ke H&L Eco Mall, Matang Mall, Aiman Mall, Eastern Mall dan Kuching Sentral pada jam 11:00 pagi – 5:00 petang untuk mendapatkannya. Jangan pula pergi ke H&L secara rawak sebab tak semua hidangkan makanan percuma ini, ok?

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga kita 🙂

Kenyataan media H&L.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David Bakal Mempunyai Biopik Yang Akan Menggambarkan Kisahnya Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David Bakal Mempunyai Biopik Yang Akan Menggambarkan Kisahnya
Next Article Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?