• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!

Oleh
Ismail NA
8 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

The show must go on!

Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma! Di mana peminat-peminat muzik hutan hujan dan nusantara? Ini ada berita baik untuk anda. Setelah selama setahun kita tidak dapat menyaksikan festival muzik dan kebudayaan yang besar di Sarawak, nampaknya masih ada sinar baru untuk kita berhibur dengan persembahan tahun ini.

Isi Isi Penting
  • The show must go on!
  • Acara satu jam setengah yang padat dan menghiburkan dari artis original Sarawak
  • Menangi hadiah utama berjumlah RM 2,000 dan tiket percuma untuk RWMF 2022!
  • Selain itu, salah seorang artis RWMF 2021, Alena Murang juga baru sahaja melancarkan trek terbarunya. Perincian lanjut ada di sini :

Festival Muzik Hutan Hujan Dunia atau lebih dikenali sebagai Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 akan tetap diadakan tahun ini tetapi dengan sedikit kelainan. Memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia masih dibelenggu pandemik, aktiviti keramaian seperti konsert, festival muzik dan persembahan secara fizikal tidak dapat dilakukan. Susulan itu, RWMF tahun ini dianjurkan sepenuhnya secara maya ataupun virtual.

Sekitar RWMF 2019 yang lalu. Kredit : RWMF
Kredit : RWMF

Lebih menarik, RWMF tahun ini tidak memerlukan anda membeli sebarang tiket kemasukan untuk mana-mana hari. Sebaliknya, anda boleh menonton persembahan artis festival secara percuma! Wahh!

Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!
Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!

Acara satu jam setengah yang padat dan menghiburkan dari artis original Sarawak

RWMF 2021 tahun ini bakal diadakan selama 3 hari bermula 18 hingga 20 Jun 2021. Acara secara virtual ini akan dapat disaksikan selama satu jam setengah setiap hari bermula dari jam 6 petang sehingga jam 7.30 petang di platform RWMF.

Untuk RWMF tahun ini, anda akan dihiburkan dengan persembahan artis asal Sarawak yang sememangnya memiliki kelas tersendiri. Antara artis yang bakal menghangatkan pentas RWMF virtual tahun ini adalah seperti Alena Murang, Sang Rawi, KEMADA, Mathew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan Tuku’ Kame.

Pada acara virtual tersebut, para penonton akan dihiburkan dengan persembahan artis, imbas semula perjalanan RWMF sepanjang tahun sebelum ini dan ucapan daripada individu yang bertanggungjawab menjayakan RWMF.

Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!

Menangi hadiah utama berjumlah RM 2,000 dan tiket percuma untuk RWMF 2022!

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah dan barangan cenderamata menarik daripada pihak penganjur dan rakan penganjur seperti Shopee, pilihan makanan bawa balik istimewa di Grabfood, beg goodies beserta tiket RWMF 2022 percuma serta peluang untuk mendapatkan hadiah utama berjumlah RM 2,000!

Pertama Kali Dalam Sejarah, Rainforest World Music Festival 2021 Dianjurkan Secara Virtual Dan Percuma!

Anda boleh menjadi sebahagian daripada penonton virtual RWMF dengan hanya mendaftar di laman sesawang rasmi RWMF 2021. Setelah anda berjaya mendaftar, tunggu hari persembahan artis kegemaran anda dan enjoy!

Daftar dengan menekan butang berikut;

JADI PENONTON RWMF 2021 SEKARANG!

Selain itu, salah seorang artis RWMF 2021, Alena Murang juga baru sahaja melancarkan trek terbarunya. Perincian lanjut ada di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas H&L Memberikan Makanan Percuma Semasa PKP Bagi Mereka Yang Terjejas
Next Article Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?