• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

HMPV Lebih Bahaya Daripada Covid-19? Dr Sim Sarankan Langkah Pencegahan Awal

Oleh
Farisha
6 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Virus baharu di China? hMPV lebih bahaya kerana tiada vaksin atau rawatan khusus

HMPV Lebih Bahaya Daripada Covid-19? Dr Sim Sarankan Langkah Pencegahan Awal. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menyeru rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan terhadap penularan virus, terutamanya berikutan situasi human metapneumovirus (hMPV) yang sedang melanda China.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menekankan keperluan untuk bersikap berhati-hati serta mengambil pengajaran daripada pandemik Covid-19.

HMPV Lebih Bahaya Daripada Covid-19? Dr Sim Sarankan Langkah Pencegahan Awal
HMPV Lebih Bahaya Daripada Covid-19? Dr Sim Sarankan Langkah Pencegahan Awal. Gambar sekadar hiasan.

“Virus seperti hMPV bukanlah perkara baharu, tetapi penularannya mengingatkan kita tentang ancaman yang boleh berlaku. Apa yang lebih membimbangkan, hMPV tiada vaksin atau rawatan khusus, menjadikan pencegahan dan pemantauan lebih penting,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Sarawak Bersedia Jika Perlu

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengisytiharkan situasi ini sebagai darurat, Dr Sim memberi jaminan bahawa Sarawak telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Komiti Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) dan pihak berkuasa kesihatan awam sentiasa dalam keadaan siap siaga. Kami telah mengaktifkan Ordinan Kesihatan Awam bagi memastikan tindak balas pantas jika diperlukan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan langkah-langkah yang sama seperti semasa pandemik Covid-19, sekiranya situasi menjadi lebih serius.

Langkah Mudah, Impak Besar

Dr Sim turut menasihati golongan berisiko seperti pesakit kronik dan mereka yang mempunyai sistem imun rendah agar lebih berhati-hati di tempat awam.

“Covid-19 mengajar kita tentang kepentingan kebersihan dan persediaan. Langkah mudah seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka, dan mengelakkan tempat sesak apabila kurang sihat mampu mengurangkan penularan virus,” jelasnya.

Tambah beliau, mereka yang mempunyai simptom seperti selesema dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dan mendapatkan rawatan jika keadaan bertambah buruk.

Sedia Hadapi Masa Depan

Selain mengingatkan peranan penting unit rawatan rapi (ICU) dalam menangani kes-kes kritikal, Dr Sim turut menekankan kepentingan pelaburan dalam penyelidikan dan kesiapsiagaan melalui Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak.

“Virus seperti hMPV telah wujud sejak beberapa dekad tetapi hanya mendapat perhatian global semasa krisis. Kita perlu bersedia untuk mutasi atau penularan baharu. Sama ada Covid-19, hMPV, atau influenza, langkah pencegahan tetap sama,” tegasnya.

Beliau mengakhiri dengan pesanan supaya rakyat Sarawak tidak panik, tetapi terus berjaga-jaga dan mengutamakan kesihatan awam sebagai langkah berjaga-jaga.

Jadi, jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan, memakai pelitup muka, dan mendapatkan rawatan jika perlu. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan virus:

Pakar Beri Amaran Penyakit X Berbahaya, 20 Kali Lebih Berisiko Daripada Covid-19
Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SKAS Bukan Dalam Bentuk Tunai Bagi Memastikan Pengguna Benar-Benar Berbelanja Keperluan Asas
Next Article Chewlunia Sabahensis, Penemuan Tumbuhan Kopi Unik Dari Sabah Diiktiraf Sebagai Genus Baharu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?