• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong

Oleh
Aina Musa
6 Jun 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong

Dari bajet RM120 hingga ke RM250

Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong. Kabong, sebuah daerah kecil yang terletak di dalam kawasan Betong, Sarawak, sering menjadi destinasi pilihan pelancong untuk bercuti. Dengan jarak perjalanan sejauh 343.9 km dari Kuching, Kabong menawarkan pemandangan yang indah dan suasana yang tenang. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 4 jam, tetapi segala penat lelah akan terbayar dengan keindahan Pantai Tanjung Kembang dan pelbagai tarikan semula jadi lain.

Untuk memudahkan perancangan percutian anda, berikut adalah senarai homestay di Kabong yang menawarkan penginapan bawah RM250 dengan penilaian sekurang-kurangnya 4 bintang di Google Review.

Cataleya Guesthouse

Cataleya Guesthouse merupakan pilihan yang popular dengan penilaian 5 bintang di Google Review. Homestay ini menawarkan bilik yang luas dan selesa dengan pelbagai kemudahan yang lengkap pada harga RM250 semalam. Antara kemudahan yang disediakan adalah tempat BBQ, kelengkapan dapur, parking yang luas, dan kawasan yang lebih privasi. Ini menjadikannya sesuai untuk percutian yang tenang dan bebas gangguan.

Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong. Kredit: FB

Harga: RM 250

Google Review: 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

Ixora Homestay

Ixora Homestay menyediakan penginapan yang luas dan selesa untuk keluarga yang besar. Homestay ini sering mendapat pujian kerana kebersihan dan kemudahan yang lengkap. Dengan penilaian 4.9 bintang di Google Review, Ixora Homestay menawarkan kemudahan seperti satu master bedroom yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan tandas peribadi, dua bilik tidur asas dengan satu penghawa dingin, satu bilik tidur terbuka, ruang tamu, dapur gas, dapur elektrik, peti sejuk, kelengkapan barang dapur, dan tempat BBQ. Lokasinya juga sangat strategik, hanya 3KM atau 3 minit pemanduan ke Pantai Tanjung Kembang dan Pekan Kabong.

Harga: RM250 semalam

Google Review: 4.9 ⭐⭐⭐⭐

Homestay Hj Musa

Homestay Hj Musa menawarkan suasana kampung yang nyaman dengan rumah yang luas, sesuai untuk aktiviti keluarga. Pemiliknya yang mesra dan rumah yang bersih membuatkan tetamu merasa selesa. Dengan harga RM250 semalam, homestay ini sering mendapat ulasan positif daripada tetamu, termasuk pujian mengenai pemilik yang baik hati dan membantu serta rumah yang selesa dan bersih. Penilaian di Google Review untuk homestay ini adalah 4 bintang.

Harga: RM250 semalam

Google Review: 4 ⭐⭐⭐⭐

Wan Brunei Homestay

Wan Brunei Homestay menawarkan bilik yang selesa dan bersih dengan tempat parking yang selamat. Lokasinya yang berhampiran dengan Pantai Tanjung Kembang menjadikan homestay ini pilihan yang baik untuk pelancong. Dengan harga RM120 semalam untuk satu bilik, homestay ini terletak hanya 2 minit pemanduan atau 8 minit berjalan kaki dari pantai. Homestay ini menerima penilaian 4.4 bintang di Google Review.

Harga: RM250 semalam

Google Review: 4 ⭐⭐⭐⭐

Inap Desa Homestay Kabong

Inap Desa Homestay Kabong terkenal dengan layanan mesra dan kemudahan yang lengkap. Homestay ini menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik yang berpenyaman udara dan tandas yang dilengkapi dengan shower heater. Dengan harga RM250 semalam, homestay ini juga dilengkapi dengan perabot penuh, ruang tamu yang dilengkapi kipas siling, dan parking yang luas. Lokasinya hanya 5 minit pemanduan dari Pantai Tanjung Kembang dan menerima penilaian 4.6 bintang di Google Review.

Harga: RM250 semalam

Google Review: 4.4 ⭐⭐⭐⭐

Baca lagi artikel menarik:

Ini Senarai Homestay Terbaik Di Mukah Untuk Dikunjungi
Indah Seperti Di Luar Negara, Ketahui Dreamland Beach Holiday Homestay Di Kudat

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Biasiswa 2024 Yang Anda Perlu Tahu Ini Senarai Biasiswa 2024 Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?