• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

Oleh
Aina Musa
6 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera

“Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah”

Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera. Seorang lelaki dikenakan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kajang pada Khamis selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera. Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, seorang pekerja sambilan sewa kereta, mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana marah ekoran kematian anggota keluarganya di Palestin.

Tertuduh didakwa meletakkan pelekat bendera Israel di restoran berkenaan yang terletak di Batu 10, Jalan Hulu Langat, pada 29 Mei lalu sekitar jam 4.42 petang. Perbuatan itu dikatakan mengganggu keamanan pekerja restoran tersebut.

Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera
Lelaki Didenda RM100 Gara-Gara Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera. Sumber: Astro Awani

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz yang menjatuhkan hukuman tersebut turut menasihati Tariq agar mempertimbangkan akibat daripada tindakannya. “Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadikan keadaan lebih baik?” katanya.

Menurut fakta kes, seorang wanita yang bekerja di restoran makanan segera di sebuah stesen minyak di Hulu Langat menyedari adanya pelekat bendera Israel ditampal pada lantai, kaki lima, dan pintu masuk hadapan premis ketika hendak ke tandas. Pengadu kemudian memaklumkan perkara itu kepada pengurusnya. Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Tariq melakukan kesalahan tersebut sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Dalam prosiding, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar hukuman minimum dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan Tariq menyesali perbuatannya.

“Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang merupakan ibu tunggal. Ibunya juga menghidap penyakit gout sementara bapanya mempunyai penyakit jantung,” katanya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran, memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh demi kepentingan awam supaya kesalahan sama tidak berulang pada masa akan datang.

Baca lagi artikel menarik:

Polis Saman Bapa Kanak-Kanak Autistik 11 Tahun Memandu Tanpa Lesen Di Sibu

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong Dari Bajet RM120, Ini Senarai Homestay Dengan Rate 4 Bintang Di Kabong
Next Article Wanita Di Kuching Miliki Wang RM3K Secara Tidak Sah Dalam Akaun Bank Dikenakan Denda Wanita Di Kuching Miliki Wang RM3K Secara Tidak Sah Dalam Akaun Bank Dikenakan Denda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?