• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hospital Umum Sarawak Bakal Guna Kaedah Jepun Kolam Takungan Kering Untuk Elak Banjir

Oleh
Nazihah AN
22 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Hospital Umum Sarawak Bakal Guna Kaedah Jepun Kolam Takungan Kering Untuk Elak Banjir

Kerajaan Umum Projek Kolam Kering Berteknologi Jepun untuk Tangani Banjir di HUS

Hospital Umum Sarawak Bakal Guna Kaedah Jepun Kolam Takungan Kering Untuk Elak Banjir. Hospital Umum Sarawak (HUS) bakal dilengkapi dengan kolam kering bawah tanah menggunakan teknologi ala Jepun dalam usaha mengatasi masalah banjir di kawasan hospital tersebut.

Projek ini dicadangkan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan utama di Sarawak tidak terganggu, sekali gus mengekalkan fungsi HUS sebagai penyedia utama 90% perkhidmatan perubatan dan pakar di negeri ini.

Hospital Umum Sarawak Bakal Guna Kaedah Jepun Kolam Takungan Kering Untuk Elak Banjir
Gambar sekadar hiasan

Solusi Baharu Untuk Tangani Banjir Di Hospital Umum Sarawak

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, projek ini perlu dilaksanakan dengan segera untuk mengelakkan sebarang risiko kepada pesakit dan operasi hospital. “Kita tidak boleh membiarkan perkhidmatan hospital tergendala akibat banjir. Berapa banyak nyawa bergantung kepada hospital ini setiap hari? Isu ini bukan hanya melibatkan banjir, tetapi juga nilai warisan hospital,” katanya.

Usaha ini akan diselaraskan oleh Setiausaha Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, yang telah mempengerusikan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Pendekatan ini turut mengambil kira kepentingan melindungi struktur warisan HUS.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. Sim semasa pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Tahun Baru Cina 2025 yang dianjurkan oleh Bomba Sarawak di Wisma Wan, Tabuan Jaya.

Baca juga cerita semasa di Sarawak, di bawah:

Lebuh Raya 4 Lorong Hubungkan Serian-Gedong-Samarahan Bakal Dibina Mulai Februari 2025
Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Proton Saga Bertembung Lori Muatan Batu Di Lawas, Pasangan Warga Emas Maut Tersepit
Next Article KKM Perkenal Sistem Baharu Waktu Bekerja Berlainan Doktor

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?