• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
20 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching

Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Sarawak

Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching. Sarawak kini melangkah maju dalam memelihara sejarah negeri apabila bangunan bersejarah Darul Kurnia, yang juga dikenali sebagai Bangunan Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, akan diubah menjadi sebuah muzium. Langkah ini diumumkan selepas bangunan itu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bangunan yang terletak dalam kawasan Sekolah Menengah Chung Hua No. 4, Kuching ini bukan sekadar dinding dan tiang. Ia menyimpan kisah perjuangan anti-penyerahan (anti-cession) yang menjadi mercu tanda penting dalam sejarah Sarawak.

Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching
Sumber gambar: Kompas TV

Apa Perancangan Untuk Bangunan Ini?

Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan kepentingan bangunan ini, yang pernah menjadi saksi kepada perjuangan menentang penjajahan British.

Alhamdulillah, bangunan Darul Kurnia telah diserahkan semula kepada kerajaan Sarawak,” katanya dengan penuh syukur.

Berita menariknya, bangunan ini akan dipelihara sebagai tapak warisan dan dijadikan muzium bagi memaparkan sejarah serta warisan budaya Melayu Sarawak. Ini termasuklah sejarah Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, seorang pemimpin utama dalam gerakan anti-penyerahan.

Namun, ada sedikit perubahan sebelum itu. Selepas pembinaan Sekolah Menengah Chung Hua No. 4 yang baru di Stutong selesai, bangunan bersejarah ini akan dipulangkan kepada komuniti Melayu.

“Kita akan sediakan tanah untuk sekolah baru, dan apabila ia siap, bangunan lama ini akan diambil alih oleh kerajaan,” jelas Abang Johari.

Fakta Menarik Tentang Darul Kurnia

  • Lokasi Asal: Jalan Haji Taha, Kuching.
  • Tahun Dibina: 1930-an.
  • Pengasas: Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, pemimpin gerakan anti-penyerahan.
  • Perjalanan Sejarah: Selepas pemergian beliau pada 1946, bangunan ini dijual kepada seorang peniaga Cina bernama Ong Kwan Hin. Pada 1972, ia diserahkan kepada Sarawak Chinese Community Trust Board.

RM20 Juta Untuk Sekolah Baru

Kerajaan negeri telah memperuntukkan lapan ekar tanah dan dana sebanyak RM20 juta untuk memindahkan sekolah ini ke Stutong. Langkah ini diambil untuk mengatasi masalah ruang terhad di tapak asal sekolah.

Abang Johari juga mengesahkan bahawa muzium yang akan diwujudkan kelak akan menjadi simbol perpaduan budaya, dan pada masa yang sama, menghidupkan semula sejarah Sarawak yang kaya dengan tradisi.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Projek RM16 Juta Replika Kubu Rentap Bakal Dibina Mula Tahun Ini
SMK Sungai Maong Sambut Tahun Baru Cina Dengan Belon Gantikan Mercun Tarik Perhatian Ramai
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuaca Buruk Di Sarawak, Amaran Hujan Berterusan Hingga Khamis
Next Article Disyaki Diletak Dengan Sengaja, Jalan Ke Semporna Dipenuhi Batu Dan Paku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?