• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Khabar Angin, Hotel Fourpoints Sandakan Bakal Dibuka Semula

Oleh
Farisha
5 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Netizen teruja tapi ada yang ragu

Khabar Angin, Hotel Fourpoints Sandakan Bakal Dibuka Semula. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warga Sabah apabila dikatakan Hotel Fourpoints Sandakan bakal dibuka semula.

Hotel yang pernah menjadi ikon pelancongan di bandar itu kini dikhabarkan sudah menemui pemilik baru – dan yang lebih mengejutkan, desas-desus mengatakan pembelinya berasal dari Singapura.

Khabar Angin, Hotel Fourpoints Sandakan Bakal Dibuka Semula
Khabar Angin, Hotel Fourpoints Sandakan Bakal Dibuka Semula

Hantaran ini dimuat naik oleh laman Sandakankini Sabah di Facebook, dengan kapsyen ringkas tetapi penuh tanda tanya:

“Khabarnya Orang Cina Singapore Yang Beli.”

Netizen Teruja, Mahu Hotel Kembali Beroperasi

Khabar angin ini ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang menyambut baik kemungkinan hotel ini dibuka semula kerana lokasinya yang sangat strategik dan pernah menjadi pilihan ramai pelancong serta pengunjung perniagaan ke Sandakan.

“Baguslah kalau betul! Saya selalu menginap di sini bila ke Sandakan. Kedudukan strategik, servis pun dulu terbaik,” kata seorang pengguna Facebook.

“Moga jadi kenyataan! Fourpoints dulu gah, harap boleh kembali seperti dulu.”

Bukan itu sahaja, segelintir netizen melihatnya sebagai peluang pekerjaan buat penduduk tempatan. Industri perhotelan sememangnya antara sektor yang terjejas teruk sejak pandemik, jadi pembukaan semula hotel ini pasti akan memberi impak positif kepada ekonomi setempat.

“Bukan Ke Hari Tu Aliff Syukri Nak Beli?” – Netizen

Namun, tidak semua mempercayai khabar angin ini sepenuhnya. Ada yang menganggap ia sekadar spekulasi liar kerana sebelum ini pernah heboh bahawa usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri berminat membeli hotel tersebut.

“Aik, banyak lah Singapura. Hari tu katanya Aliff Syukri beli, sekali tengok dia hanya melawat sahaja,” seloroh seorang pengguna media sosial.

Apa pun, sama ada benar atau sekadar gosip, satu perkara yang pasti – ramai berharap agar Hotel Fourpoints Sandakan benar-benar dibuka semula. Sandakan sebagai destinasi pelancongan utama Sabah memang memerlukan lebih banyak hotel bertaraf antarabangsa bagi menarik lebih ramai pelawat.

Jadi, apakah kesudahan kisah ini? Kita tunggu dan lihat.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai hotel yang bakal dibuka di Kuching:

Industri Perhotelan Sarawak Berkembang Pesat, 6 Hotel Baharu Bakal Dibuka Di Kuching
Bangunan Hotel Four Points Bakal Diberi Nama Wisma Elica, Gabungan Hotel Dan Pusat Kesihatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Rasuah Monopoli Projek Kerajaan Di Sarawak, 8 Individu Termasuk Wanita Vietnam Direman
Next Article Lundu Terjejas Banjir, Kawasan Borong King Supermarket Dilanda Arus Deras

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?