• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lundu Terjejas Banjir, Kawasan Borong King Supermarket Dilanda Arus Deras

Oleh
Farisha
5 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Hati-hati! Lundu kini dilanda air deras dan hujan lebat

Lundu Terjejas Banjir, Kawasan Borong King Supermarket Dilanda Arus Deras. Satu video tular di media sosial menunjukkan kawasan sekitar Borong King Supermarket di Lundu dilanda banjir yang deras.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sarawak Roads Update, air deras kelihatan melimpah ke jalan raya, mengakibatkan kawasan sekitarnya ditenggelami separuh air.

Lundu Terjejas Banjir, Kawasan Borong King Supermarket Dilanda Arus Deras
Lundu Terjejas Banjir, Kawasan Borong King Supermarket Dilanda Arus Deras

Keadaan cuaca buruk dipercayai menjadi punca utama kejadian ini, dengan hujan lebat turun tanpa henti sejak pagi tadi.

Pelbagai Reaksi dari Netizen

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka melahirkan rasa simpati dan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati.

“Banjir Sarawak kali ini betul-betul berperingkat dan melibatkan hampir semua daerah. Ini adalah fenomena yang jarang berlaku di Sarawak. Semoga semua yang terkesan dengan musibah ini dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan,” tulis seorang netizen.

“Adooii… Semoga yang tinggal di kawasan rendah cepat-cepat pindahkan barang ke tempat selamat dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” seorang lagi memberi peringatan kepada penduduk di kawasan rendah.

Penduduk sekitar turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan, terutama apabila aliran air deras dikhuatiri membawa risiko kepada pengguna jalan raya dan premis perniagaan.

Difahamkan, kawasan BorongKing Supermarket sering menjadi lokasi tumpuan penduduk setempat untuk membeli barangan harian, menjadikan kejadian ini memberi kesan besar kepada komuniti.

Apa yang boleh dilakukan?

  1. Elakkan kawasan banjir – Jika anda berada di sekitar Lundu, cuba elakkan memandu di kawasan ini buat sementara waktu.
  2. Sentiasa peka dengan amaran cuaca – Dapatkan maklumat terkini daripada laman web atau saluran rasmi seperti MetMalaysia.
  3. Pastikan keselamatan keluarga dan harta benda – Sediakan barangan penting untuk berpindah jika perlu, terutama bagi yang tinggal di kawasan rendah.

Kita doakan agar keadaan segera pulih dan semua yang terjejas kekal selamat. Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk memberi amaran kepada rakan-rakan di kawasan sekitar.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejadian banjir teruk di Sarawak:

Sarawak Dalam Keadaan Genting, Bintulu Dan Miri Dilanda Banjir Teruk
Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Khabar Angin, Hotel Fourpoints Sandakan Bakal Dibuka Semula
Next Article Penutupan Sementara Jalan Tun Jugah Bermula Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?