• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik#innovatesarawak

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Oleh
Ismail NA
10 Februari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Ruang Kerja Yang Hype, Cool Dan Trendy!

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini. Pernahkah anda mendengar tentang Hub Inovasi? Hub Inovasi merupakan sebuah ruang yang menyediakan pelbagai kemudahan persis sebuah ruang bekerja tetapi dengan konsep yang lebih santai dan terbuka. Tambahan pula, anda boleh menambah jaringan anda dengan berinteraksi sesama rakan niaga yang lain memandangkan ruang ini berkonsepkan co-working space. Best kan?

Tahukah anda bahawa sebuah lagi hub inovasi akan dibuka di Miri? Terletak di Miri Times Square @ Marina Parkcity, Hub Inovasi Digital SMA-Tegas ini mempunyai konsep ruang kerja yang hype dan trendy, sesuai dengan gaya usahawan baru masa kini.

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Ia menyediakan platform untuk syarikat pemula serta usahawan sosial berkembang dengan kemudahan akses ruang co-working, inkubasi, program pecutan serta jaringan Sarawak Digital Village Ecosystem. Pendek kata, ia bukan sekadar hub inovasi biasa.

Untuk pengetahuan anda, Hub Inovasi Digital SMA-Tegas Miri ini bakal dilancarkan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Bukan itu sahaja, bagi mengukuhkan hub inovasi digital ini, kerjasama dengan beberapa agensi dan syarikat terkemuka seperti GRAB, pitchIN, Shell Malaysia, FutureLab, WTF Accelerator, Youth Trust Foundation dan banyak lagi telah dilaksanakan. Kerjasama ini bertujuan untuk mempromosi melalui kempen #InnovateSarawak.

Penubuhan hub inovasi digital ini selaras dengan Strategi Ekonomi Digital 2018 – 2022 oleh kerajaan Sarawak yang menyasarkan penubuhan sebuah hub inovasi digital di setiap bahagian di Sarawak.

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Ada Apa Dengan Hub Inovasi Digital SMA-Tegas?

Tempat cantik dan baru, siapa yang tak berminat kan? Di sini kami ringkaskan manfaat yang anda boleh dapat jika anda berminat untuk menjadikan Hub Inovasi Digital SMA-Tegas ini sebagai markas anda.

  • Program Inkubasi & Pecutan Untuk Syarikat Pemula
  • Perkongsian Ilmu & Program Pengembangan Kapasiti
  • Akses kepada Jaringan Ekosistem Perkampungan Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem)
  • Pelan Ruang Co-Working Mampu Milik

Beberapa program bermusim untuk usahawan seperti TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp, TEGAS Startup Lab, dan Shell liveWIRE turut menjadikan hub inovasi digital ini sebagai pusat latihan rasmi mereka.

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Paling unik, setiap transaksi pembayaran di sini menggunakan sepenuhnya aplikasi tanpa tunai Sarawak Pay. Cuma perlu top-up akaun dan imbas kod pembayaran. Wow!

Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Bukan Kubikel Sahaja, Ruang Santai Pun Ada!

Antara kemudahan yang ada di Hub Inovasi Digital Miri ini termasuklah;

  • Ruang kubikel peribadi
  • Ruang perbincangan
  • Ruang mengecas
  • Ruang perbincangan peribadi (Bilik Mesyuarat)
  • Ruang santai
  • Pantri
  • Kemudahan asas pejabat (mesin cetak, fotokopi)
  • Ruang pembentangan
  • Hotdesk (untuk sewaan masa singkat)
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini
Hub Inovasi Paling Hype Untuk Usahawan Di Miri Akan Dirasmikan 15 Februari Ini

Jika anda seorang usahawan baru yang bertapak di Miri sekaligus mengimpikan ruang kerja yang cool dan meriah dengan program keusahawanan, Hub Inovasi Digital SMA-Tegas Miri ini boleh merealisasikan impian anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hub inovasi ini, layari laman web serta media sosial mereka;

Laman Web Rasmi SMA-Tegas Digital Innovation Hub | Facebook | Instagram

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sumpah Naim Daniel Juara AJL34, 2 Anak Sarawak Turut Bolot Trofi Sumpah Naim Daniel Juara AJL34, 2 Anak Sarawak Turut Bolot Trofi
Next Article Petronas Kongsi Mengapa 20 Peratus Royalti Minyak Tidak Dapat Dilaksanakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?