• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti

Oleh
Aina Musa
28 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti

Boleh Ke Buat Ibadah Korban Untuk Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal? Ini Jawapan Dr. Zul

Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti. Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan utama dan signifikan bagi penganut agama Islam.

Antara pengisian perayaan ini adalah melaksanakan ibadah korban, terutamanya bagi mereka yang berkemampuan. Biasanya, individu yang ingin melakukan ibadah korban turut melakukan ibadah tersebut atas beberapa nama, misalnya bagi pihak ahli keluarganya.

Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti
Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti. Kredit: Google

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ada juga yang melakukan ibadah ini bagi pihak ahli keluarga yang sudah pun meninggal dunia.

Tindakan tersebut telah menimbulkan kemusykilan bagi sebahagian umat. Ada yang bertanya, boleh ke?

Persoalan ini kemudian diajukan kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Soalan

Bolehkah nama orang yang sudah meninggal dunia menyertai ibadah korban?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie, hukumnya tidak boleh melainkan jika ia telah diwasiatkan. Ini kerana, korban merupakan ibadah dan salah satu daripada prinsip ibadah adalah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil.

Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti

Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie pula mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia.

Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Muktamad oleh Sheikh Muhammad al-Zuhaili (2/490). Daripada Aisyah, seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti

Kesimpulannya, tidak diharuskan untuk melakukan ibadah korban dengan diniatkan atas nama si mati kecuali jika si mati telah berwasiat sebelum meninggal dunia supaya dilaksanakan ibadah korban untuk dirinya selepas kematian.

Namun begitu, adalah harus untuk waris si mati menghadiahkan pahala atau bersedekah pahala ibadah korban yang dilakukannya sendiri kepada si mati. Iaitu diniatkan ibadah korban yang hendak dilakukan itu atas namanya sendiri kemudian disertai niat dan doa kepada si mati. Contoh niat:

“Lembu ini aku jadikan korban untuk diriku dan pahala daripada ibadah korban ini aku hadiahkan kepada almarhum (sebut nama)”.

Perbuatan tersebut merupakan ihsan orang masih hidup kepada si mati sebagaimana keharusannya yang telah disebutkan dalam hadis di atas.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Kisah Mengapa Umat Muslim Menyembelih Haiwan Pada Hari Raya Aidil Adha
https://www.iloveborneo.my/juadah-istimewa-hari-raya-ini-resipi-daging-masak-hitam-style-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Geng Trader Guna Jet Dan Kereta Mewah 'Peribadi' Sebagai Konten, Rupa-Rupanya Prop Disewa Tular Video Geng Trader Guna Jet Dan Kereta Mewah ‘Peribadi’ Sebagai Konten, Rupa-Rupanya Prop Disewa
Next Article Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?