• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam Sarawak

Oleh
Aina Musa
10 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam Sarawak

Antara menu wajib pagi raya di Sarawak

Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam Sarawak. Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan penting bagi masyarakat Malaysia yang meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan.

Antara perkara yang paling dinanti-nantikan pada Hari Raya adalah juadah istimewa yang disediakan oleh keluarga dan sahabat handai.

Di Sarawak, salah satu hidangan yang sangat popular semasa Hari Raya adalah Daging Masak Hitam. Resipi ini bukan sahaja lazat, tetapi juga sangat mudah untuk disediakan. Berikut adalah resipi Daging Masak Hitam ‘Style’ Sarawak yang boleh anda cuba di rumah:

Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam 'Style' Sarawak
Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam Sarawak. Kredit: Iloveborneo

Daging masak hitam ala Sarawak ini lebih kurang masakan kicap daging di semenanjung cuma dalam masakan ini ditambah kerisik, kismis hitam, gula apong dan lainnya.

Bahan-bahan perap:
– 500 gram daging – hiris
– 2 sudu besar kicap pekat karamel
– 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan-bahan kisar:
– 3 batang serai sedikit lengkuas
– 1 biji bawang besar
– 7 biji bawang merah
– 1 ulas bawang putih
– 15 tangkai lada kering
– 1/3 cawan prune@kismis hitam

Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam 'Style' Sarawak

Bahan-bahan tumis:
– Rempah tumis 4 sekawan – banyak ikut suka
– 5 biji bawang merah – dimayang
– 1-2 sudu besar rempah kurma
– 2 sudu besar kerisik
– minyak masak secukupnya
– sedikit air asam jawa
– garam secukup rasa

Juadah Istimewa Hari Raya, Ini Resipi Daging Masak Hitam 'Style' Sarawak

Cara-Caranya

  1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  6. Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra.
  7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk

Daging Masak Hitam ‘Style’ Sarawak ini sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. Pastikan anda mencuba resipi ini pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai. Selamat mencuba!

Baca lagi artikel menarik:

Kombinasi ‘Legend’ Dan Kayangan, Ini Resipi Biskut Semperit Lotus Biscoff Yang Confirm Ketagih!
Hanya Guna 4 Bahan Mudah, Ini Resipi Popia Cheese Rangup Dan ‘Confirm’ Ketagih

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Snek Hari Raya Terbaik Yang Wajib Anda Cuba
Next Article Cubaan Samun Gagal, Lelaki Indonesia Ditahan Penghuni Rumah Di Kuching Cubaan Samun Gagal, Lelaki Indonesia Ditahan Penghuni Rumah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?