• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Oleh
Ismail NA
28 September 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Jika Tidak Terkawal, 50,000 Hektar Tapak Warisan Alam Semula Jadi Dunia Bakal Hilang!

Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba
Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Jerebu di Sarawak baru sahaja reda. Tapi sepantas jerebu hilang, sepantas itu juga berita tentang pembakaran terbuka membuatkan kita kembali geram. Terbaru, hutan hujan di Bario kini terbakar akibat aktiviti tebang dan bakar (slash and burn) untuk pertanian pindah. Sekiranya tidak dapat dibendung, ia akan merebak ke Taman Negara Pulong Tau iaitu salah satu tapak warisan alam semulajadi dunia dan memusnahkan hutan hujan seluas 50,000 hektar.

Sebuah organisasi pemuliharaan alam sekitar, Bario Agrobiodiversity Hub, melaporkan bahawa kebakaran ini adalah kebakaran terbesar yang kedua berlaku di Bario setelah kebakaran sebuah sekolah pada tahun 2016. Apa yang menjadi kebimbangan utama ialah kesukaran pihak bomba untuk sampai ke tempat kejadian tepat pada masanya. Bayangkan, mereka perlu menempuh perjalanan sejauh 450 km on and off kerana faktor geografi. Kalau memandu, 12 jam baru sampai. Dah sama kedak drive Kuching-Miri. Sontok patah pinggang dak bomba.

Inisiatif lain? Pihak bomba terpaksa menghantar helikopter ke Bario. Duh!

Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Pengguna akaun Instagram, @visitbario memuji usaha petani kecil di Bario atas inisiatif memadam kebakaran tersebut. Pengguna tersebut juga berkata sudah tiba masanya agar inovasi teknologi untuk memadam kebakaran dibawa masuk ke Bario jika pembangunan hampir mustahil untuk dilakukan di sana.

Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Walaupun garisan pemisah yang telah dibuat oleh penduduk tempatan sejak dari zaman nenek moyang mampu untuk menghalang kebakaran daripada merebak, namun usaha sebuah kampung kecil ini tidak memadai sekiranya kebakaran sudah tidak dapat dibendung.

Tebang dan Bakar : Patut Ke?

Kaedah tebang dan bakar ialah sejenis kaedah dalam pertanian pindah. Sebuah kawasan akan ditebang dan dibakar bagi menyuburkan tanah. Ini bermakna lebih banyak hutan terpaksa ditebang. Walaupun tanah akan menjadi subur selepas dibakar, kesuburan ini hanya dapat bertahan selama beberapa tahun selepas aktiviti pertanian. Selepas itu, tanah akan hilang kesuburan dan ditinggalkan begitu sahaja. Dahlah kenak tinggal, lepas tebang dan bakar, mestilah ada partikel terampai dalam udara dan menyebabkan JEREBU. Anda rasa patut ke?

Sebarkan kisah ini sebagai tanda solidariti kita kepada penduduk Bario dan jantung Borneo kita.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial
Next Article [BOBA ALERT!] - Xin Fu Tang Kini Buka Cawangan di Sabah & Sarawak! [BOBA ALERT!] – Xing Fu Tang Kini Buka Cawangan di Sabah & Sarawak!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?