I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Oleh Ismail NA
27 September 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Selepas tempoh trial, bas hidrogen “tersadai” kerana cecair hidrogen didapati tercemar.

Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Rakyat Sarawak yang sepatutnya menikmati perkhidmatan bas hidrogen pertama di rantau Asia Tenggara mulai 15 September 2019 kini ditangguhkan buat sementara waktu atas faktor ketiadaan bahan bakar iaitu gas hidrogen. Kini, bas hidrogen tersebut “tersadai” atau dalam erti kata lain, tidak dapat beroperasi sehingga pengumuman lanjut dibuat.

Menurut Sarawak Energy, penghasilan cecair hidrogen dihentikan sementara bagi membolehkan mutu hidrogen dipertingkatkan. Sepanjang tempoh percubaan (trial) yang telah berjalan selama 2 minggu, cecair hidrogen yang digunakan didapati tercemar kerana bercampur dengan bahan asing dan boleh mengurangkan kadar kecekapan bas hidrogen untuk jangka masa yang panjang.

Kenapa Kena Ada Trial?

Canggih, canggih juga tetapi keselamatan penumpang serta pemandu haruslah diutamakan, betul tak? Jadi, di sini kami senaraikan 4 sebab kenapa bas hidrogen Sarawak ini perlu menjalani trial sebelum mula digunakan oleh orang awam.

1. Uji Kadar Penggunaan Gas Hidrogen

Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Bagi memastikan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat berjalan dengan lancar, kadar penggunaan gas hidrogen perlulah dinilai supaya syarikat pengendali boleh menentukan prestasi kecekapan tenaga serta kos keseluruhan bagi menampung keperluan bas hidrogen ini. Yalah, ada kalanya jalan raya lengang dan ada kalanya pula jalan raya sangat sesak, jadi sudah tentu terdapat perbezaan dari segi kadar penggunaan gas hidrogen. Oleh itu, berdasarkan statistik atau corak waktu ini, pihak yang berkaitan dapat menentukan kadar yang paling efisien untuk bas hidrogen ini terus beroperasi. Menurut U.S. Department of Hydrogen Program, kenderaan yang menggunakan gas hidrogen untuk menggerakkan motor elektrik mempunyai 40-60% kadar kecekapan tenaga berbanding hanya 20% atau kurang bagi kenderaan menggunakan petrol atau diesel.

2. Tentukan Kapasiti Pengisian Gas Hidrogen

Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Kapasiti pengisian gas hidrogen ini sememangnya berkait rapat dengan kadar penggunaan gas hidrogen. Jika dibandingkan dengan kapasiti penggunaan minyak petrol atau diesel, kapasiti penggunaan gas hidrogen adalah 50% lebih rendah untuk pemanduan pada kelajuan normal. Buat masa sekarang, stesen pengisian gas hidrogen ini hanya terdapat di Bintawa. Jadi, memang wajar lah kalau kapasiti sebenar dapat ditentukan semasa proses trial bagi membolehkan bekalan gas hidrogen mencukupi sepanjang perjalanan. Sekurang-kurangnya, anda tak tersadai sekali tepi jalan.

3. Optimumkan Operasi Loji Hidrogen

Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Kenapa kita perlu optimumkan loji hidrogen? Untuk pengetahun anda, operasi bas hidrogen Sarawak ini menggunakan sepenuhnya pengeluaran cecair hidrogen oleh syarikat Sarawak Energy. Ia merupakan satu-satunya sumber cecair hidrogen yang ada di Sarawak. Sekiranya terdapat kekurangan pada sistem atau cecair yang dihasilkan semasa proses trial, operasi loji hidrogen dapat diperbaiki dengan segera sebelum operasi sebenar dapat dijalankan kerana bas hidrogen ini bergantung 100% pada sumber hidrogen tersebut. Sumber cecair hidrogen yang tercemar sekarang ini mungkin berpunca daripada kelemahan sistem dan integrator teknologi. Perkara inilah yang sedang diusahakan oleh pihak Sarawak Energy dan Linde EOX Sdn. Bhd. buat masa ini.

4. Penyesuaian Keadaan Cuaca serta Lalu Lintas Trafik

Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial
Bas hidrogen Solaris Urbino 18.75 yang telah diuji di negara Scandinavia. Sumber : Fuel Cell Bus Event Copenhagen.

Keadaan cuaca di Sarawak yang beriklim tropika mempunyai suhu sekitar 36 – 40 darjah Celsius. Penyesuaian terhadap keadaan cuaca di Sarawak serta lalu lintas trafik adalah penting bagi menilai sama ada bas hidrogen ini relevan atau tidak untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang. Di negara Scandinavia, bus hidrogen Solaris Urbino 18.75 telah diuji selama lebih 10 tahun dan terbukti telah berjaya melalui berjuta-juta kilometer walau pun dalam keadaan cuaca yang ekstrim.

Banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum bas hidrogen ini betul-betul boleh digunakan oleh orang awam. Yang pasti, setakat ini trials yang telah dijalankan di bandar-bandar di seluruh dunia ternyata berjaya mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000! Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!
Next Article Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba Hutan Bario Terbakar Teruk, 450km Perjalanan Sukar untuk Bomba

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?