• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
16 Jun 2021
Kongsi
1 Min Bacaan
Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak. Dilaporkan bahawa Majlis Islam Sarawak telah memutuskan untuk menangguh pelaksanaan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha tahun ini dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Sarawak.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dr Abdul Rahman Junaidi semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan penangguhan tersebut dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.

Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak
Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak. Dr. Abdul Rahman Junaidi

“Keputusan ini merangkumi seluruh Sarawak (dengan) tidak membenarkan aktiviti ibadah korban dijalankan di semua tempat,” kata beliau dalam sidang media pada hari ini.

Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak

MIS menyeru agar umat Islam terus bersabar dan beristiqamah.

Tambah beliau, Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dalam mesyuarat itu juga menetapkan penjagaan nyawa (hifzun nafs) diutamakan dan mengelakkan kemudaratan kesan daripada pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di Sarawak.

“Majlis Islam Sarawak juga menyeru agar umat Islam terus bersabar dan beristiqamah, terus mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) dan bertawakal. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik COVID-19 dihapuskan dari muka bumi ini,” kata beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Tekanan Perasaan, Lelaki Nekad Terjun Bangunan Di MJC Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba
Next Article Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?