• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo

Oleh
ILB - AI
16 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Coca-Cola Mengalami Kerugian Besar Akibat Tindakan Cristiano Ronaldo

Disebabkan Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Coca-Cola mengalami kerugian besar akibat tindakan Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary. Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakan penyerang Juventus itu.

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

Coca-Cola mengalami kerugian besar akibat tindakan Cristiano Ronaldo

Tindakan Ronaldo mungkin kelihatan kecil tetapi memberikan impak yang amat besar.

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).Coke kemudian mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Coca-Cola mengalami kerugian besar akibat tindakan Cristiano Ronaldo

Ronaldo Mempunyai Susuk Badan Yang Lebih Muda

Ronaldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.

Baca juga artikel menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak Ibadah Korban Ditangguhkan Sempena Sambutan Aidiladha Tahun Ini Di Sarawak
Next Article Lapangan Terbang Mukah Siap Sepenuhnya, Penerbangan Komersial Pertama Akan Dimulakan Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?