• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu

Oleh
Ismail NA
26 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Beliau menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Peluang Kedua’.

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu. Seperti yang diketahui umum, penyanyi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu balada popular ‘Peluang Kedua’ melakukan kesilapan semasa menyanyikan lagu tersebut semasa sebuah pertandingan nyanyian, Anugerah Juara Lagu beberapa minggu yang lalu.

Isi Isi Penting
  • Beliau menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Peluang Kedua’.
  • Nabila nyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ dengan berpakaian Orang Ulu
  • Tuah dipilih berkolaborasi dengan Kek Lapis Big Mouth
  • Kek Telapuk Kuda, kek tular yang berasal dari Brunei
  • Baca juga artikel menarik mengenai Kek Lapis Sarawak di sini :

Melalui pertandingan tersebut, nyanyian Nabila pada pertengahan lagu sedikit sumbang menyebabkan beliau dikecam ramai kerana dilihat tidak sesuai untuk menyanyi di pentas berprestij tersebut.

Namun demikian, ibarat diberi peluang kedua seperti mana tajuk lagunya, gadis yang berasal dari Petaling Jaya ini berjaya menambat hati orang ramai yang mula hilang kepercayaan terhadap bakat nyanyian dengan persembahan istimewanya sempena pelancaran Kek Lapis Big Mouth.

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Kredit : IG Nabila Razali

Nabila nyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ dengan berpakaian Orang Ulu

Dalam majlis pelancaran Kek Lapis tersebut, Nabila sempat menyanyikan lagu popular tersebut dengan berpakaian masyarakat Orang Ulu Sarawak. Malah, beliau juga kelihatan bangkit dari luka AJL apabila sempat berinteraksi dengan penonton semasa menyanyikan lagu tersebut. Nabila dilihat memakai pakaian masyarakat Kenyah yang merupakan salah satu kaum yang tergolong dalam kumpulan masyarakat Orang Ulu.

Persembahan ini sekaligus menepis desas-desus artis graduan Seni Bina USM tersebut daripada bersara dari bidang nyanyian.

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Sumber : Youtube Budiey Channel

Tuah dipilih berkolaborasi dengan Kek Lapis Big Mouth

Bahkan, tuah Nabila tidak terhenti di situ apabila jenama Kek Lapis Big Mouth tersebut turut menjalinkan kerjasama dengan artis tersebut apabila melancarkan kek lapis premium bersama Nabila Razali. Menerusi portal Big Mouth, anda boleh merasai kelazatan Kek Lapis Sarawak Premium X Nabila Razali yang boleh didapati dalam satu set 4 buku kek yang berperisa masam manis, coklat Cadburry, Blueberry, dan Pandan Cheese.

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Kredit : Big Mouth

Kek Telapuk Kuda, kek tular yang berasal dari Brunei

Untuk makluman anda juga, Kek Lapis Big Mouth juga pernah tular sebelum ini dengan kek lapisnya iaitu kek lapis gulung telapuk kuda. Kek telapuk kuda merupakan sejenis kek lapis gulung yang sangat popular di negara Brunei Darussalam. Malah, hidangan ini merupakan hidangan yang wajib ada di atas meja tetamu di Brunei pada pagi raya.

Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Kredit : Big Mouth

Macam sedap kan? Apa-apa pun, suara Nabila Razali pun sedap juga sebenarnya. Biasalah, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.

Baca juga artikel menarik mengenai Kek Lapis Sarawak di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ditipu 'Kekasih' Dari Britain, Wanita Miri Ini Rugi RM 200K Ditipu ‘Kekasih’ Dari Britain, Wanita Miri Ini Rugi RM 200K
Next Article Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?