• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah

Oleh
Nazihah AN
26 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerja pembinaan jejantas pejalan kaki pendingin hawa di Kota Kinabalu dijadualkan bakal siap dalam masa 3 bulan

Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah. Dilaporkan bahawa, kerja pembinaan jejantas pejalan kaki dilengkapi pendingin hawa yang menghubungkan antara kompleks beli-belah Oceanus, Center Point, Api-Api Centre dan Asia City di Kota Kinabalu yang terhenti, akan disambung semula di bawah kerajaan negeri Sabah dan dijadualkan bakal siap dalam masa tiga bulan.

Isi Isi Penting
  • Kerja pembinaan jejantas pejalan kaki pendingin hawa di Kota Kinabalu dijadualkan bakal siap dalam masa 3 bulan
  • Risiko melintas jalan dapat dihindarkan
  • Projek ini dapat diteruskan semula setelah kerajaan baru berkuasa dan campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut
  • Baca lagi di sini:
Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah
Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah

Projek ini merangkumi 10 jambatan dengan panjang 381 meter, dua daripadanya mempunyai pendingin hawa dan dilengkapi dengan 20 booth, 4 tangga, dua eskelator, dua lif untuk orang kelainan upaya (OKU) dan laluan pejalan kaki berbumbung sejauh 531 meter.

Semasa di temu bual, Kandrix Ng, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Petrofiq Sdn. Bhd. berkata bahawa SkyBridge telah siap sebanyak 92%, dan selebihnya telah pun dipersetujui oleh kerajaan.

Laluan jejantas sepanjang 400 meter di tengah-tengah ibu kota Sabah bakal dijadikan jejantas yang menghubungkan kompleks beli-belah Oceanus, Center Point, Api-Api Centre dan Asia City. Setelah disiapkan, ia dijangka dapat meningkatkan nilai hartanah dan aktiviti komersial di kawasan sekitarnya serta membantu pembangunan pelancongan negeri ini.

Risiko melintas jalan dapat dihindarkan

“Setelah SkyBridge dengan pendingin hawa selesai dan beroperasi, pejalan kaki dapat menggunakannya untuk menyeberangi jalan. Oleh itu, risiko melintas jalan dapat dihindarkan. SkyBridge akan berfungsi sebagai jalan yang selamat dan selesa untuk pengguna.” tambah beliau.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemerintah baru atas usaha sepenuh hati dalam memerangi pandemik, serta memerhati perkembangan pembangunan Kota Kinabalu, termasuk projek kontroversi SkyBridge.

” Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor baru-baru ini telah meluluskan pembinaan peringkat akhir projek, yang menunjukkan kecekapan kerajaan dan keprihatinannya terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri”

Kandrix Ng juga mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelbagai parti politik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah

Projek ini dapat diteruskan semula setelah kerajaan baru berkuasa dan campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut

Kerja pembinaan jambatan pejalan kaki dan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur ini bermula pada tahun 2017. Pada tahun 2018, syarikat pembinaan tersebut telah menerima perintah penyuraian. Dengan 90% projek yang siap, Petrofiq Sdn. Bhd. menghentikan kerja dengan alasan belum menerima pembayaran. Namun, projek ini dapat diteruskan semula setelah kerajaan baru berkuasa dan turut campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan baru bersedia membantu syarikat pada saat genting. Ini telah meningkatkan keyakinan para pelabur untuk menggunakan peluang pelaburan dan juga mempromosikan pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya dan pemimpin-pemimpin politik terlibat atas bantuan mereka dalam menyelesaikan masalah dengan jayanya.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibarat Diberi Peluang Kedua, Nabila Razali Tebus Kesilapan AJL Sambil Pakai Baju Orang Ulu
Next Article Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?