• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak

Oleh
ILB - AI
13 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Intipan berjaya menahan sebuah kenderaan yang disyaki menyeludup PATI di Jalan Biawak,Lundu

Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak. Seorang lelaki tempatan telah ditahan selepas disyaki menyeludup PATI di Jalan Biawak,Lundu. Tangkapan tersebut dilakukan oleh Team Task Force Risikan Cawangan Risik IP Bde Sarawak, diketuai ASP Norman Chandan bersama 10 Pegawai/ Anggota Risik IP Briged Sarawak PGA.

Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak
Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak

5 PATI Turut Ditahan

Menurut maklumat awal yang dimuat naik di laman Briged Sarawak Laman Rasmi sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas pihak berkuasa bertindak atas maklumat risikan Op Benteng Covid.

Hasil intipan Team Task Force Risikan Cawangan Risik IP BDE Sarawak, diketuai Asp Norman Chandan bersama 10 Pegawai/ Anggota Risik IP Briged Sarawak PGA berjaya menahan sebuah kenderaan yang disyaki menyeludup PATI di Jalan Biawak,Lundu .

Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menangkap 5 lelaki warga indonesia yang tiada memiliki sebarang dokumen yang sah. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Proton Waja serta wang tunai berjumlah RM 1900.00.

Difahamkan juga, pemandu kenderaan Proton Waja tersebut adalah seorang lelaki warga tempatan yang kini ditahan kerana disyaki menyelup PATI.

Menurut muat naik di laman Briged Sarawak Laman Rasmi tersebut, tangkapan dan Rampasan telah dibuat dan diserahkan kepda IPD LUNDU untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut kesalahan dibawah Akta Imigrisen 1959 & Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Antipsom) 2007.

Dalam usaha kita memerangi penularan wabak pandemik yang telah berjaya dilandaikan rantaian nya ketika ini, sememangnya sempadan Malaysia diperketatkan. Ini adalah sejajar dengan nasihat dari KKM bagi mengurangkan risiko penularan kes import.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan dijalankan sehingga akhir OGOS nanti, kebenaran rentas daerah dan negeri akan dibenarkan walau bagaimanapun kebenaran untuk rentas negara masih belum dibenarkan.

Kalimantan secara keseluruhannya hari ini, kini mencatatkan lebih dari 2500 kes positif dengan jumlah kes paling banyak dicatatkan di Kalimantan Selatan iaitu sebanyak 1694 kes.

Setakat ini juga, sempadan Malaysia menerusi Sarawak dan juga Sabah ke Indonesia masih lagi ditutup, melainkan untuk penghantaran bekalan dan juga kes kes tertentu seperti penghantaran PATI.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia
Next Article Tak Perlu Swab Dan Mohon Dari JPBNS Jika Hendak Ke Sarawak Semasa PKPP

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?