• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia

Oleh
Ismail NA
12 Jun 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Baca Sampai Habis.

Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia. Beberapa hari yang lalu, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia iaitu AirAsia telah menawarkan promosi yang agak luar biasa iaitu pas penerbangan domestik tanpa had.

Isi Isi Penting
  • Baca Sampai Habis.
  • Tapi adakah pas ini benar ajaib seperti yang dicanangkan? Atau hanya sekadar scam?
  • 1. Pastikan anda guna kod promo pas sebelum membuat carian.
  • 2. Pilih tarikh hari bekerja berbanding tarikh hujung minggu atau cuti umum.
  • 3. Tempah tiket return adalah lebih baik berbanding tiket one-way
  • 4. Buat tempahan hanya bila anda benar-benar sudah pasti
  • 5. Berbaloi untuk individu yang mempunyai masa fleksibel

Pas yang dijual dengan harga RM 399 itu membolehkan pemiliknya menaiki penerbangan domestik tanpa had ke 16 destinasi di seluruh negara sehingga bulan Mac 2021. Bukan itu sahaja, anda juga hanya perlu membayar cukai sebanyak RM 12 sahaja. Macam tak percaya kan?

Tapi adakah pas ini benar ajaib seperti yang dicanangkan? Atau hanya sekadar scam?

Melalui pengalaman kami membeli dan menggunakan pas ini untuk tujuan carian penerbangan, rupanya ada tips dan trik yang perlu anda ketahui bagi memastikan pas ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki.

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan bagaimana kami berjaya mendapatkan penerbangan ke mana-mana destinasi serendah RM 12 dengan begitu mudah dengan adanya pas ini.

Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia
Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia

1. Pastikan anda guna kod promo pas sebelum membuat carian.

Langkah ini merupakan langkah yang paling penting. Kalau tak, pasti anda akan meroyan melihat harga tiket yang tidak berubah dan menyangka ia adalah sebuah scam.

Sebelum anda membuat carian penerbangan, pastikan anda salin kod promo yang dipaparkan pada pas elektronik anda. Caranya mudah sahaja.

Buka laman sesawang AirAsia, kemudian klik pada butang ‘Deals’. Seterusnya pilih ‘My Purchases’. Tebus dan salin kod yang telah dijana dan tampalkan pada ruangan ‘promo code’ di ruangan carian penerbangan.

Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia
Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia

Jangan risau, kod tersebut boleh dijana berulang kali.

2. Pilih tarikh hari bekerja berbanding tarikh hujung minggu atau cuti umum.

Ini pula trik ‘tradisional’ untuk mencari harga tiket yang murah. Hakikatnya, ini ialah taktik yang sama digunakan oleh syarikat ini.

Hampir kesemua tiket berharga RM 12 ditawarkan pada hari bekerja iaitu antara turutan hari Isnin hingga Jumaat. Secara logiknya, tiket murah ini sengaja diletakkan pada hari bekerja agar destinasi pelancongan domestik turut dikunjungi oleh orang ramai pada waktu tersebut berbanding hanya pada hujung minggu atau waktu cuti.

Didakwa Scam, Ini Rupanya Tips Dan Trik Guna Pas Penerbangan 399 AirAsia

Jadi, anda haruslah mengikut waktu penerbangan berbanding mereka mengikut waktu anda. Bijak kan mereka?

3. Tempah tiket return adalah lebih baik berbanding tiket one-way

Bagi anda yang sudah ada tempoh masa yang tetap untuk ke destinasi pilihan anda, tempah lah terus tiket ulang-alik berbanding tiket satu hala sahaja. Apatah lagi anda telah menemui tarikh pergi dan tarikh pulang yang mempunyai tanda 100% diskaun.

Bukan apa, takut terlepas, anda juga yang menangis tak tentu pasal.

Hanya perlu bayar RM 24 sahaja bah. Anda lah orang yang paling bahagia di dunia.

4. Buat tempahan hanya bila anda benar-benar sudah pasti

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah pas ini boleh terbatal dengan sendirinya jika anda tidak menaiki pesawat sebanyak 3 kali.

Jadi, anda diingatkan untuk membuat tempahan penerbangan hanya sekiranya anda benar-benar telah pasti dan bukannya acah-acah nak pergi.

5. Berbaloi untuk individu yang mempunyai masa fleksibel

Jika anda seorang yang tidak terikat dengan waktu bekerja yang tetap, pembelian pas ini tentunya sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki. Apatah lagi anda tidak perlu risau jika anda harus memohon cuti dan mengorbankan kuota cuti penting anda.

Tetapi jika anda terikat dengan masa bekerja anda, mungkin pas ini ‘balik modal’ jika anda mengambil kesempatan sekurang-kurangnya untuk membuat penerbangan ulang alik sebanyak 3 kali.

Info menarik, anda juga boleh menggunakan kredit akaun anda untuk membayar harga cukai yang bernilai RM 12.

Adakah anda rasa ia suatu scam? Kami cadangkan agar anda membaca terma dan syaratnya dengan baik semasa membuat pertimbangan untuk membeli pas ini. Segalanya sudah dinyatakan di laman sesawang, membaca amalan mulia.

Bagi yang sudah membeli pula, tahniah dan gunakan pas ini sebaiknya.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Sabah dan Sarawak, baca artikel tempat menarik di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper Boleh Rosakkan Handphone Android, Elak Guna Gambar ini Sebagai Wallpaper
Next Article Ibarat Duri Dalam Daging, Lelaki Tempatan Kantoi Cuba Seludup PATI Di Lundu, Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?