• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir

Oleh
Ismail NA
21 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

SOP baharu diumumkan sehari selepas pengumuman penutupan sekolah

Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir. Beberapa hari yang lalu, kerajaan Sarawak menerusi Ketua Menteri, Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari mengumumkan agar sekolah di kawasan berstatus merah ditutup selama dua minggu berkuatkuasa semalam. Keputusan tersebut dibuat secara langsung semasa sidang media khas penguatkuasaan SOP COVID-19.

Isi Isi Penting
  • SOP baharu diumumkan sehari selepas pengumuman penutupan sekolah
  • Lebih sukar untuk pelajar yang keluar atau melintas Bintulu
  • Ibu bapa terkilan
  • Ketidakcekapan pihak berwajib dikhuatiri beri kesan emosi jangka masa panjang
  • Baca juga artikel berkaitan :

Namun demikian, di sebalik pengumuman tersebut, ada pula berita kurang enak yang menyusul kemudiannya. Tatkala sekolah-sekolah berasrama telah mengarahkan pelajar untuk pulang ke pangkuan keluarga, SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam telah menimbulkan kemarahan terutamanya dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Ini kerana SOP tersebut diumumkan sehari selepas pengumuman penutupan sekolah oleh Ketua Menteri Sarawak. Lebih mengelirukan, SOP tersebut dikeluarkan pada lewat petang semalam di mana kebanyakan pelajar asrama telah pulang ke rumah pada tengah hari semalam. Bagi segelintir pelajar yang bersekolah jauh dari rumah, kebanyakan sekolah membenarkan mereka untuk pulang ke rumah lebih lewat atas faktor pengangkutan. Namun, disebabkan SOP ini, kini mereka yang terkandas di asrama selama 2 minggu.

Susulan itu, tular di media sosial beberapa hantaran berkenaan isu ini yang jelas menunjukkan kekecewaan ibu bapa dan pihak pentadbir dengan kelewatan SOP yang dikeluarkan oleh JPBNS.

Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB Aji Man

Menurut hantaran pengguna Facebook dengan nama Aji Man, pengumuman yang lewat dari JPBNS ini telah menyusahkan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah. Sejurus selepas keputusan menutup sekolah diumumkan, pihak pentadbir sekolah terutamanya pihak warden di asrama sekolah terpaksa bertungkus lumus menyediakan dokumen dan prosedur untuk urusan keluar pelajar dari asrama.

Lebih memilukan, lelaki ini menjelaskan bahawa anak-anak pelajar pastinya berasa sangat gembira mendengar berita bahawa mereka akan pulang ke rumah pada bulan Ramadan ini dan memaklumkan terus kepada ibu bapa masing-masing. Namun, harapan tersebut hancur berderai apabila ada di antara mereka yang terpaksa menangguhkan hasrat pulang ke rumah kerana kekangan SOP baharu yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Lebih sukar untuk pelajar yang keluar atau melintas Bintulu

Keadaan ini tentunya lebih sukar buat pelajar yang ingin keluar mahupun melintasi Bintulu kerana mereka perlu melakukan ujian calitan rt-PCR. Ibu bapa mengeluarkan belanja yang besar untuk menanggung kos ujian calitan tetapi akhirnya tetap tidak dapat pulang ke rumah setelah segala urusan dilakukan dengan kadar yang segera.

Dalam hantaran yang sama, Aji Man turut menjelaskan bahawa perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya SOP melarang pelajar asrama pulang diumumkan sejurus selepas pengumuman penutupan sekolah.

Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB SMK Agama Miri

Sebuah lagi hantaran yang dibuat oleh Facebook SMK Agama Miri pula memperlihatkan deretan bagasi dan barangan pelajar yang telah bersedia untuk pulang. Namun, akibat SOP tersebut, urusan tersebut tergendala dan pelajar di sekolah tersebut terpaksa kembali ke asrama masing-masing dengan perasaan kecewa.

Menerusi hantaran tersebut juga, pihak pentadbir juga berasa simpati dengan nasib yang menimpa pelajar asrama yang malang dan mengingatkan mereka agar sentiasa mengerjakan solat dan beristighfar bagi mengubati kekecewaan. Dalam pada masa yang sama, pihak sekolah juga turut mengingatkan agar pelajar yang sempat pulang untuk kekal mematuhi SOP dan tidak meninggalkan solat dan selawat.

Ibu bapa terkilan

Meninjau di ruangan komen pula, ternyata situasi ini menimbulkan rasa terkilan dan kemarahan dalam kalangan ibu bapa.

Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB
Ibu Bapa Berang Dengan SOP Pelajar Asrama Tidak Dibenarkan Pulang Rumah Di Saat Akhir
Sumber : FB

Ketidakcekapan pihak berwajib dikhuatiri beri kesan emosi jangka masa panjang

Keadaan ini telah menyebabkan kesulitan kepada ramai pihak terutamanya dalam situasi yang genting seperti sekarang. Mungkin ada yang menganggap ini hanya untuk sementara, namun kesannya untuk remaja boleh menyebabkan emosi mereka tertekan dan memberi kesan jangka masa panjang untuk masa depan mereka. Apatah lagi dengan keadaan pembelajaran mereka yang turut terganggu dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.

Dalam hal ini, seolah-olah tiada integrasi antara keputusan yang dibuat JPBNS dan pihak menteri sedangkan pengumuman SOP baharu ini boleh diputuskan pada hari yang sama pengumuman penutupan sekolah dibuat. Pihak yang bertanggungjawab seperti JPBNS juga sepatutnya lebih peka dengan situasi semasa (terutamanya urusan keluar masuk di Bintulu dan kawasan zon berstatus merah) serta bertindak lebih pantas dan efisien untuk menguatkuasakan SOP kerana rakyat kini bergantung sepenuhnya kepada sebarang perkembangan semasa SOP dari pihak kerajaan. Sebarang kelewatan dan ketidakcekapan boleh mengakibatkan kerugian kepada rakyat marhaen, apatah lagi dengan situasi ekonomi dan sosial yang kian menguncup.

Sekiranya kerenah birokrasi ini mengatasi dasar empati, rakyat bawahan tetap menjadi mangsa dan dipersalahkan semula.

Semoga semua urusan bagi mereka yang mengalami kesulitan ini dipermudahkan.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula RM499, MAS Tawar Pas Penerbangan Sehingga 6 Kali Perjalanan Beserta Bagasi
Next Article Batch Pertama Pegawai KKM Dari Semenanjung Dihantar Khas Guna Pesawat A400M TUDM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?