• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah

Oleh
Farisha
14 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Masalah Sekolah Daif di Sabah Tiada Penyelesaian Walaupun Kerajaan Berganti

Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah. Isu sekolah daif terutamanya di kawasan pedalaman di Sabah masih belum selesai walaupun kerajaan telah bertukar ganti. Keadaan ini membimbangkan keselamatan dan keselesaan murid serta guru.

Baru-baru ini, Naib Presiden MUDA, Shahrizal Denci berkongsi gambar di laman X mengenai keadaan teruk sebuah sekolah di Kota Kinabalu yang menunjukkan siling kelas yang rosak dan memerlukan kipas baru.

Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah
Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah. Sumber: nst

Menurut laporan, beliau mempersoalkan bila diskriminasi terhadap Sabah akan berakhir. Walaupun kerajaan persekutuan telah menyalurkan banyak dana untuk baiki sekolah terbabit, namun masalah masih berterusan.

Rakyat Sabah Gesa Persoalkan Penggunaan Dana Naik Taraf Sekolah

Rakyat Sabah digesa bangkit mempersoalkan penggunaan dana tersebut. Sebaliknya, segelintir netizen berpendapat isu ini perlu disalurkan kepada pihak berkenaan dan bukan menteri.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyarankan agar Ahli Parlimen dan pemimpin tempatan dipersoalkan dahulu tentang peruntukan yang diterima sebelum menyalahkan kerajaan.

Dana yang diberi bagi menyelenggara sekolah di Sabah dan Sarawak

Untuk rekod, Kerajaan melalui Belanjawan 2024 Malaysia Madani menyediakan RM1.9 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, RM930 juta akan digunakan bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 sekolah melibatkan 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan isu di sekolah:

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah
Kenali Sekolah Etania, Sekolah Untuk Kanak-kanak Tanpa Kerakyatan Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Black Bean Coffee, Starbucks Tempatan Kuching Yang Original Kenali Black Bean Coffee, Starbucks Tempatan Kuching Yang Original
Next Article Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?