• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah

Oleh
Aina Musa
9 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah

Uskup Anglikan bakal bertemu pegawai PPD esok

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah. Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching akan mengadakan pertemuan dengan Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Rt Revd Datuk Danald Jute esok mengenai isu sekolah misi Kristian yang tidak dibenarkan mengadakan program khatam al-Quran.

Menerusi laporan daripada The Borneo Post, beliau mengesahkan pertemuan itu akan diadakan di pejabatnya pada jam 2 petang.

“Saya menjangkakan untuk berjumpa pegawai PPD. Mereka telah meminta untuk bertemu dengan saya,” kata Danald apabila dihubungi hari ini.

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah
Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah. Sumber: Borneo Post

Beliau memaklumkan sebelum ini bahawa pihak berkuasa Gereja mempunyai hak untuk membenarkan atau menghentikan sebarang aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah misinya.

Difahamkan bahawa ibu bapa 53 murid Tahun 6 SK St Thomas telah meminta penjelasan dari gereja mengapa program tahunan yang dirancang pada 3 Feb tahun ini tidak dibenarkan walaupun telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada 21 Disember 2023, pegawai pendidikan keuskupan, Revd Robin Sabai telah menulis surat kepada guru besar sekolah yang menyatakan bahawa program itu tidak dibenarkan.

Seorang netizen telah berkongsi surat itu di media sosial, menyebabkan orang ramai menyeru Gereja untuk memberikan penjelasan.

Baca lagi artikel menarik:

Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Di Kuching Ditolak, Raih Perhatian Netizen
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda
Next Article Lelaki Nyaris Maut Diserang Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong Lelaki Nyaris Maut Diserang Dua Ekor Buaya Semasa Menjala Di Tanjung Kidurong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?