• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi

Oleh
Ismail NA
6 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Umum mengetahui bahawa Kalimantan Timur bakal menjadi ibu kota baru Indonesia, tapi mengapa?

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi. Di Kalimantan Timur kelak, ibu kota baharu Indonesia yang dinamakan sebagai Nusantara akan berpusat di Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara.

Isi Isi Penting
  • Umum mengetahui bahawa Kalimantan Timur bakal menjadi ibu kota baru Indonesia, tapi mengapa?
  • 5 sebab Kalimantan Timur adalah kota terbaik menurut Pak Jokowi
  • 1. Kurang ancaman bencana alam yang besar
  • 2. Berada di tengah-tengah Indonesia
  • 3. Dikelilingi kota-kota yang berkembang maju
  • 4. Memiliki infrastruktur yang serba lengkap
  • 5. Satu-satunya lokasi yang mempunyai tanah milik kerajaan seluas 180,000 hektar
  • Ketahui juga mengapa Jakarta dikatakan semakin tenggelam di sini:

Namun, dalam banyak-banyak lokasi dan gugusan pulau milik negara Indonesia, apakah yang menyebabkan Presiden Joko Widodo tertarik dengan bahagian Pulau Borneo ini sehingga membuat keputusan untuk memindahkan pusat sebuah negara ke sini?

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Ilustrasi istana Presiden Indonesia di Nusantara. Kredit foto: AFP

Tentunya ini adalah sebuah keputusan yang sangat besar kerana ia menempatkan operasi sebuah negara, aktiviti ekonomi serta pelaburan antarabangsa.

5 sebab Kalimantan Timur adalah kota terbaik menurut Pak Jokowi

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa Kalimantan Timur dirasakan sebagai lokasi paling sesuai untuk dijadikan sebuah ibu kota baharu oleh Presiden Jokowi.

5 sebab ini dinyatakan oleh beliau semasa sidang media khas pengumuman pemindahan ibu kota Indonesia pada 26 Ogos 2019, Isnin, di Istana Negara, Jakarta Pusat.

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Presiden Indonesia, Joko Widodo. Kredit foto: Money Sharma | AFP | Getty Images

1. Kurang ancaman bencana alam yang besar

Menurut Jokowi, Kalimantan Timur merupakan sebuah kawasan yang mempunyai risiko ancaman bencana alam yang rendah. Contohnya seperti gempa bumi, banjir, kebakaran hutan dan sumber tanah, letusan gunung berapi dan tanah runtuh.

Tambahan pula, isu inilah yang menghambat Jakarta dan Pulau Jawa di mana kepadatan penduduknya melebihi 150 juta orang ataupun 54% daripada populasi keseluruhan Indonesia. Kata Pak Jokowi, beban ini sudah terlalu berat untuk ditanggung oleh Jakarta.

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Jakarta dilanda banjir. Kredit foto: Dede Kurniawan via Okezone.com

2. Berada di tengah-tengah Indonesia

Jika dilihat berdasarkan titik koordinat dari pelbagai arah, Kabupaten Penajam Paser Baru dan Kutai Kartanegara ini berada di tengah-tengah negara Indonesia. Bahkan, lokasi ini juga strategik.

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi

3. Dikelilingi kota-kota yang berkembang maju

Dalam wawasan Pak Jokowi, beliau ingin membina ibu kota baharu ini bermula daripada kosong. Usaha ini terdengar sangat mustahil dan mengambil masa yang lama.

Namun, dengan mengambil kira faktor kehadiran bandar-bandar sekeliling yang sudah pesat dan maju seperti Balikpapan dan Samarinda, strategi Pak Jokowi untuk berpindah ke Nusantara ini adalah sesuatu yang bijak. Ini kerana pembangunan ibu kota itu kelak sedikit sebanyak akan dibantu oleh kota-kota berdekatan, baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Malah, lebih cepat dan lancar.

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Foto aerial kawasan Kecamatan Sepaku, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur. Kredit foto: ANTARA FOTO/Akbar Nugroho Gumay/hp.
Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi

4. Memiliki infrastruktur yang serba lengkap

Disebabkan ruang kawasan yang cukup lapang, Pak Jokowi berpendapat bahawa pelbagai infrastruktur boleh dibangunkan di sini. Tidak cukup dengan itu, infrastruktur ini sebenarnya tidak perlu dibangunkan dari kosong kerana apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah menyambung dan menaiktaraf sistem sedia ada dari bandar berdekatan.

Sebagai contoh, di Nusantara kelak, mereka hanya perlu membina lebuhraya dan lapangan terbang antarabangsa untuk memudahkan urusan pengangkutan.

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Konsep ibu kota baru Nusantara, Indonesia.

5. Satu-satunya lokasi yang mempunyai tanah milik kerajaan seluas 180,000 hektar

180,000 hektar bukanlah satu saiz yang kecil. Tanah seluas ini yang sudah sedia ada milik kerajaan tentunya bagai pucuk dicita, ulam mendatang buat Pak Jokowi. Mana tidaknya, banyak pembangunan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa tanpa perlu khuatir tentang prosedur pelepasan hak milik tanah daripada rakyat tempatan. Pintar!

Ibu Kota Baru Indonesia, Ini 5 Keistimewaan Kalimantan Timur Di Mata Pak Jokowi
Titik Nol IKN adalah sebuah monumen yang terletak di kawasan Ibu Kota Nusantara.

Wawasan jauh Pak Jokowi ini adalah sebahagian daripada komitmen untuk mencipta sejarah kebangkitan Indonesia menuju “Indonesia Emas 2045”.

Ketahui juga mengapa Jakarta dikatakan semakin tenggelam di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terletak Di Tepi Pantai, Warung Rani Di Pasir Panjang Ini Tawar Pelbagai Menu Menarik Buat Anda
Next Article Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood, Trail Berbunga Bukit Piniapat Tarikan Terbaru di Sabah Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?