I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 03/06/22 1:55 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Beliau juga merupakan atlet memanah tradisional pertama yang mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa.

Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki. Anak Sarawak mencatatkan sejarah baharu apabila berjaya menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang berjaya memenangi acara sukan memanah tradisional di peringkat antarabangsa.

Dayang Ferazlyn Abang Sahari, seorang ibu tunggal berasal dari Miri telah berjaya merangkul pingat gangsa kategori individu wanita dalam Kejohanan Piala Conquest Fetih Kupasi kali ke-10 yang diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2022 di Istanbul, Turki.

Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki
Dayang Ferazlyn Abang Sahari ketika tiba dari Turki, malam Khamis. Sumber: Utusan Borneo

Baru berjinak dalam sukan memanah tradisional sejak tahun 2020

Lebih membanggakan, beliau yang menganggotai Kelab Memanah Al-Muaqqabah Miri, baru sahaja menceburkan diri secara aktif dalam sukan itu sejak tahun 2020, iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau pada ketika itu hanya terlibat dalam pertandingan secara dalam talian.

Kejohanan antarabangsa di Turki itu merupakan kejohanan antarabangsa pertama yang disertainya dan terus meraih pingat gangsa.

Ferazlyn juara wanita kejohanan memanah SELEKTA

Pemilihan atlet negara dalam acara ini dilakukan menerusi kejohanan memanah tradisional SELEKTA yang diadakan setiap tahun di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya di bawah anjuran Kelab Memanah Tradisional Cyberjaya (CYBERTRA).

Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki

Ferazlyn dipilih menjadi wakil Malaysia setelah menjuarai kategori wanita dalam pusingan kelayakan Selekta 6 Fetih Kupasi sempena Festival Memanah Sepang pada 5 Mac di Cyberjaya, Sepang Selangor.

Berlatih di bawah matahari terik di bulan puasa tidak patahkan semangat Ferazlyn

Persiapan ke pertandingan di Turki ini dijalankan oleh Ferazlyn sewaktu bulan puasa yang lalu, di bawah matahari terik.

Sewaktu menyertai kejohanan di Turki pula, ibu kepada dua orang anak ini menceritakan bahawa tiupan angin merupakan cabaran utamanya di sana. Apatah lagi acara memanah tradisional ini menggunakan anak panah buluh dan bukannya anak panah moden. Tiupan angin menyebabkan kesukaran untuk mengawal anak panah.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengatasi cabaran tersebut dengan baik dan merangkul pingat gangsa serta membawa pulang piala, hadiah wang tunai berjumlah 10,000 lira atau bersamaan dengan RM 2,600.

Kejohanan tersebut yang turut mempertandingkan acara memanah moden disertai oleh 500 atlet dari 36 buah negara.

10. Fetih Kupası Heyecanı Yaklaşıyor! 🏹

Her yıl farklı kültürlerden birbirinden yetenekli okçuları buluşturan Uluslararası #FetihKupası'nda bu yıl onuncu kez dünyanın en iyilerini ağırlayacağız. 🎯

Posted by Okçular Vakfı on Thursday, April 7, 2022

Ferazlyn dan Firmanzidyzan, atlet memanah tradisional Malaysia asal Sarawak

Ferazlyn beraksi di Turki bersama seorang lagi pemanah negara yang juga berasal dari Sarawak, Firmanzidyzan Arias Yahaya.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Miri, beliau akan berehat seketika sebelum menyambung latihan bagi persiapan menjelang satu lagi kejohanan antarabangsa iaitu Islamic Solidarity Games (ISG) di Konya, Turki pada Ogos depan.

Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki

Tambahnya lanjut, beliau perlu mengemukakan markah pada setiap minggu dan sudah mempunyai jurulatih khas untuk persiapan ke Konya kelak.

Ferazlyn ternyata bersyukur dan berterima kasih di atas segala sokongan baik dari segi moral dan tajaan daripada pelbagai pihak sehingga memungkinkan beliau mencapai kejayaan ini.

Semoga lebih berjaya di kejohanan akan datang. Syabas dan tahniah!

Ramai atlet Sarawak yang telah mengukir pencapaian yang sangat ‘power’ kebelakangan ini. Antaranya adalah seperti Bonnie Bunyau. Baca cerita penuh di pautan berikut:

SUMBER : Utusan Borneo
Nur Afifah 3 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibunya Dipandang Rendah Oleh Jurujual Dior, Wanita Ini Beli Beberapa Beg Sebagai Balasan Ibunya Dipandang Rendah Oleh Jurujual Dior, Wanita Ini Beli Beberapa Beg Sebagai Balasan
Next Article Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?