• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

Oleh
ILB - AI
3 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

Ia dilaporkan isteri lelaki itu hanya menghidangkan mi segera Maggi setiap hari

Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya. Dilaporkan seorang lelaki di India telah menceraikan isterinya kerana isterinya hanya tahu memasak mee Maggi sahaja.

Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja , Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

Dihidangkan mi Maggi untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam

Menurut laporan, ML Raghunath, seorang hakim daerah dan mahkamah sesyen, mengulas tentang kes perkahwinan di mana pasangan memfailkan perceraian atas isu kecil.

Salah satu kes yang diterimanya semasa menjadi hakim daerah di Ballari, India ialah pasangan yang memohon cerai berikutan isteri tidak tahu memasak kecuali mee segera.

Gambar sekadar hiasan.

Si suami berkata, isterinya tidak tahu menyediakan apa-apa hidangan selain mee Maggi. Dia akan dihidangkan mee Maggi untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Dia mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai runcit dan hanya membeli mi segera sahaja,’

katanya.

Kes itu dipanggil ‘Kes Maggi’ dan menurut Raghunath, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Gambar sekadar hiasan.

Pasangan lain bercerai atas masalah kecil

Mengulas tentang pengalamannya sebagai hakim daerah lagi, beliau berkata antara kes cerai yang pernah diterimanya adalah pasangan enggan bercakap sesama sendiri, meletakkan garam di bahagian yang salah di atas pinggan, menjahit baju pengantin yang salah warna, tidak membawa isteri keluar dan pelbagai lagi.

Katanya lagi, kebanyakan mereka biasanya memfailkan penceraian sehari selepas perkahwinan.

Kami mendapat petisyen cerai lebih banyak dari kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan luar bandar, ‘panchayat’ (institusi pemerintahan sendiri di luar bandar) kampung campur tangan dan menyelesaikan masalah. Wanita tidak dapat berdikari dan ketakutan mereka terhadap masyarakat dan sentimen keluarga memaksa mereka untuk menghadapi situasi tersebut. Tetapi di kawasan bandar pula, wanita berpendidikan dan lebih berdikari dari segi kewangan,”

ujarnya lagi.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Lagi di sini:

SUMBER :NEW INDIAN EXPRESS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Tunggal Dari Miri Harumkan Nama Malaysia, Menangi Sukan Memanah Tradisional Di Turki
Next Article Kemalangan Di Kuching, Kereta Pegawai Kanan Polis Bertembung Ambulans Bawa Pesakit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?