• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan ‘Satok Bridge’ Dari Sarawak Ini

Oleh
Ismail NA
9 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Inovasi cemerlang daripada anak Sarawak

Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan ‘Satok Bridge’ Dari Sarawak Ini. Kepintaran dan daya inovasi anak Sarawak sememangnya perlu diakui dan dihebahkan kepada umum. Terkini, sebuah pasukan yang berasal dari Sarawak dinobatkan sebagai salah sebuah daripada 4 pasukan dari seluruh Malaysia yang memenangi hackathon nasional Malaysia, MYHackathon 2022 Kohort Kedua.

Pasukan ‘Satok Bridge Digital’ yang diketuai oleh Encik Lavindar Singh Jay ini mengemukakan penyelesaian untuk Pernyataan Masalah ke-5 iaitu solusi teknologi untuk menangani konflik manusia dan hidupan liar di kawasan sektor agromakanan.

Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan 'Satok Bridge' Dari Sarawak Ini
Encik Lavindar Singh Jay, ketua kumpulan ‘Satok Bridge Digital’. Foto: MYStartup

Solusi digital ‘GajahSafe’ berteraskan teknologi kepintaran buatan (AI)

Menerusi solusi GajahSafe yang dipertaruhkan pada MYHackathon 2022 Kohort Kedua ini, pasukan ini hadir dengan inovasi teknologi pengawasan gajah yang disokong dengan kamera berteraskan kepintaran buatan (AI). Solusi ini bakal memanfaatkan penternak yang sering menghadapi masalah serangan gajah di kawasan pertanian dan penternakan, namun masih melindungi hidupan liar yang terancam tersebut.

Dengan teknologi ini, gajah-gajah yang hampir dengan kawasan penternakan akan dihalau dengan cara selamat iaitu dengan memainkan muzik yang nyaring. Muzik yang berbeza akan dimainkan setiap kali kehadiran gajah dikesan bagi mengelakkan gajah tersebut terbiasa dengan bunyi yang sama.

Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan 'Satok Bridge' Dari Sarawak Ini
Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan ‘Satok Bridge’ Dari Sarawak Ini. Foto: MYStartup

Bukan itu sahaja, teknologi AI Gajah Safe ini juga turut memberi input kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti gajah yang sering berkeliaran dan mengamati tingkah laku mereka.

‘Satok Bridge Digital’ bakal merealisasikan idea kemenangan selama 12 bulan

Dengan kejayaannya diumumkan sebagai pemenang MYHackathon 2022, pasukan ‘Satok Bridge Digital’ ini bakal menerima geran bersyarat berjumlah RM 250,000 daripada Cradle di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pengumuman pemenang diadakan pada semalam di RekaScape, Putrajaya.

Mereka juga bakal merealisasikan idea kemenangan mereka sehingga ke peringkat projek rintis selama 12 bulan, bersama agensi kerajaan yang terlibat.

Inilah bukti kehebatan anak Sarawak yang harus kita banggakan. Tahniah diucapkan buat pasukan ‘Satok Bridge Digital’. Semoga solusi ini dapat direalisasikan dengan jayanya untuk kebaikan masyarakat dan alam sekitar di seluruh Malaysia.

Baca juga kisah kemenangan sebuah lagi pasukan Sarawak yang pernah memenangi MYHackathon 2020 yang lalu: Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara

SUMBER :MYStartupMYHackathon 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kombinasi Terbaik Cendol Dan Asam Laksa, Rasai Aneka Penang 'Local Cusine' Di Pinang Pinang TT3 Kombinasi Terbaik Cendol Dan Asam Laksa, Rasai Aneka Penang ‘Local Cusine’ Di Pinang Pinang TT3
Next Article [NON-HALAL] Menyajikan Makanan Vietnam, Anda Harus Cuba Jenny Little Vietnam Cafe Di Kuching [NON-HALAL] Menyajikan Makanan Vietnam, Anda Harus Cuba Jenny Little Vietnam Cafe Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?