• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak

Oleh
Ismail NA
24 November 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Kredit foto: Earth.com

Pertama sekali, apa itu Ikan Paus Baleen

Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak. Baleen whale, atau dikenali juga sebagai whalebone whale atau ikan paus baleen, termasuk dalam suborder Mysticeti. Berbeza dengan ikan paus bertaring, ikan paus baleen mempunyai plat baleen yang diperbuat daripada keratin, sama seperti kuku manusia.

Plat ini berfungsi untuk menyaring makanan dari air. Haiwan mamalia ini mengumpulkan air yang banyak, kemudian menutup mulut dan mengepam keluar air melalui plat baleen, sementara makanan kecil seperti plankton dan udang kecil terperangkap di dalamnya.

Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak
Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak. Kredit foto: Monash Lens

Spesies Ikan Paus Baleen

Terdapat sekitar 16 spesies ikan paus baleen yang dikenali, termasuk:

  • Paus Biru: Paus terbesar di dunia.
  • Paus Humpback: Dikenali dengan bunyi-bunyinya yang merdu.
  • Paus Gray: Spesies unik yang sering ditemui di perairan cetek.

Habitat Baleen Whale

Ikan paus baleen boleh ditemui di lautan seluruh dunia, tetapi mereka lebih suka perairan sejuk di kawasan utara dan selatan.

Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa beberapa spesies ikan paus baleen juga terdapat di Laut China Selatan. Penyelidikan oleh saintis dari Akademi Sains China mendapati sekurang-kurangnya 15 spesies ikan paus telah dikesan di kawasan ini, termasuk beberapa spesies ikan paus baleen seperti Bryde’s whale dan mungkin juga Omura’s whale.

Bagaimana Cara Baleen Whale Berpindah ke Perairan Sarawak

  • Migrasi Bermusim: Ikan paus baleen adalah spesies yang kerap bermigrasi. Mereka biasanya berpindah dari perairan sejuk di kawasan kutub ke perairan hangat untuk tujuan pembiakan. Sebagai contoh, paus Bryde dan Omura sering kali bergerak ke kawasan tropika seperti Laut China Selatan untuk mencari makanan dan tempat bersalin.

  • Ketersediaan Makanan: Perairan Sarawak dan Laut China Selatan adalah kawasan yang kaya dengan plankton dan ikan kecil, menjadikannya habitat yang sesuai untuk ikan paus baleen mencari makanan. Ketersediaan sumber makanan ini menjadi faktor penarik bagi paus untuk memasuki perairan tersebut, terutama ketika mereka memerlukan lebih banyak tenaga semasa musim pembiakan.
Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak
Ikan paus baleen. Kredit foto: Earth.com
  • Perubahan Iklim dan Persekitaran: Perubahan suhu air akibat pemanasan global juga mempengaruhi pola migrasi paus. Jika suhu air meningkat di habitat asal mereka, paus mungkin terpaksa berpindah ke kawasan lain yang lebih sejuk atau kaya dengan makanan, termasuk perairan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa perubahan persekitaran dapat mempengaruhi keputusan migrasi mereka.

  • Faktor Manusia: Aktiviti manusia seperti penangkapan ikan dan pelayaran di Laut China Selatan juga boleh mempengaruhi migrasi paus. Pencemaran dan gangguan dari kapal boleh menyebabkan paus terpaksa mencari laluan baru atau memasuki kawasan yang tidak biasa bagi mereka.

Namun, mengapa ikan paus baleen ini ditemui mati di Sungai Sarawak

Penemuan bangkai ikan paus baleen di Sungai Batang Lupar baru-baru ini telah menyebabkan pihak penguatkuasa hidupan liar di Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah melancarkan siasatan segera bagi mengetahui punca kematian ikan paus ini.

Bagaimana Ikan Paus Baleen Boleh Sampai Ke Perairan Sarawak
Ikan paus Baleen yang dihambat ke binaan Jambatan Triso, Sungai Batang Lupar, Sarawak. Sumber foto: Facebook

Namun, menurut data lazim, ikan paus ini berkemungkinan mati kerana terperangkap di kawasan laut yang cetek dan tidak dapat berenang semula ke laut dalam. Hal ini boleh menyebabkan ikan paus ini lemas, dan akhirnya mati.

Kepentingan Penemuan Ikan Paus Baleen di Sarawak

Kehadiran ikan paus baleen di perairan Sarawak bukan sahaja menunjukkan bahawa ekosistem marin kita mampu menyokong hidupan megafauna ini tetapi juga menjadi indikator positif kesihatan ekosistem marin Malaysia secara keseluruhan.

Penemuan ini memberikan peluang kepada penyelidik untuk mengumpul data mengenai pola migrasi dan kebolehan adaptasi spesies ini terhadap perubahan persekitaran.

Laut China Selatan bukan sahaja kaya dengan biodiversiti, tetapi juga berfungsi sebagai habitat penting bagi ikan paus baleen. Penemuan ini menunjukkan bahawa kawasan ini mungkin menjadi tempat pembiakan bagi beberapa spesies ikan paus. Ini menjadikan usaha pemuliharaan lebih penting untuk melindungi habitat mereka.

Dalam masa yang sama, sebanyak 26 spesis katak baharu ditemui di Sarawak:

Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang
Ketahui Perbezaan Ciri Unik Burung Enggang Badak, Burung Tukan Dan Enggang Besar
SUMBER :Center for Coastal Studies PrincetownSeaworld.orgBERNAMA via Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Hari Hilang, Warga Emas Berusia 75 Tahun Ditemui Selamat Di Sri Aman
Next Article Remaja Di Sibu Hilang Sejak 14 November, Keluarga Mohon Bantuan Orang Ramai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?