• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang

Oleh
Farisha
23 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

26 jenis katak baharu ditemui di Sarawak tahun ini

Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang. Di Malaysia, kepelbagaian spesies katak adalah sangat mengagumkan. Hutan hujan tropika kita menjadi rumah kepada pelbagai spesies katak yang unik, termasuk beberapa spesies endemik yang hanya boleh ditemui di negara ini.

Penemuan berterusan spesies baharu menunjukkan betapa kayanya biodiversiti negara kita, terutamanya di kawasan Borneo yang masih menyimpan banyak rahsia alam yang belum diterokai.

Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang
Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang

Baru-baru ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, para penyelidik telah menemui 26 spesies katak baharu di negeri tersebut pada tahun ini.

Penemuan ini adalah hasil kajian susulan selepas berlangsungnya Kongres Dunia Herpetologi ke-10 di Sarawak pada bulan Ogos lalu, menurut laporan media tempatan.

6 spesies dah diberi nama, namun 20 lagi masih mengenal pasti morfologi

Daripada jumlah tersebut, enam spesies telah diberi nama saintifik berdasarkan tempat penemuannya. Antaranya ialah Limnonectes muluensis yang dijumpai di Mulu dan Limnonectes penrissensis dari Penrissen. Manakala 20 spesies lagi masih dalam proses pengenalpastian morfologi.

Semasa ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 20 November, beliau menegaskan bahawa penemuan ini membuktikan kekayaan biodiversiti Sarawak. Kehadiran katak juga menandakan ekosistem yang sihat memandangkan haiwan ini amat sensitif terhadap perubahan persekitaran.

Dalam perkembangan berasingan, SFC (Perbadanan Perhutanan Sarawak) telah menjalin kerjasama dengan WMI (Wildlife Management International) dari Australia untuk membangunkan pelan pengurusan buaya yang komprehensif. Pelan yang akan mengambil masa setahun ini dijangka membentangkan laporan awalnya pada bulan hadapan.

WMI akan membantu dalam penghasilan pelan tersebut serta melatih pegawai-pegawai SFC dalam aspek pengurusan buaya. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan insiden serangan buaya.

Di Sarawak, terdapat anggaran 25,000 ekor buaya yang mendiami 22 lembangan sungai. Melalui 40 operasi pemantauan yang dijalankan SFC dari Januari hingga Oktober, sebanyak 35 ekor buaya telah berjaya dipindahkan dari kawasan penduduk ke habitat yang lebih sesuai.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai spesies yang telah ditemui di Sarawak:

Spesies Sawit ‘Rare’ Baru Ditemui Berbunga Di Bawah Tanah Di Borneo
Kini Sekurang-Kurangnya 51 Spesies, 2 Spesies Ketam Air Tawar Baharu Telah Ditemui Di Sarawak
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust
Next Article TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?