Senarai Hadiah Untuk Orang Yang Kreatif Macam Anda
IKEA Sediakan Panduan ‘Naughty or Nice’ Untuk Anda Pilih Hadiah Krismas Ikut Personaliti. Memandangkan musim perayaan semakin hampir, drama mencari hadiah pun bermula. Ada yang ‘absolutely deserve the world’, dan ada juga yang kita ‘barely know’ tapi tetap kena bagi hadiah.
Tahun ini, IKEA memudahkan urusan anda dengan panduan hadiah Naughty or Nice yang cukup menghiburkan. Paling best, untuk kita di Sarawak, anda tidak perlu lagi pening kepala fikir cara nak bawa balik barang besar dari Semenanjung kerana IKEA Collection Point di Demak Laut sentiasa sedia berkhidmat untuk anda.

IKEA ‘Naughty or Nice’ Gift List – Nak Bagi Yang Mana Satu?
IKEA tahun ini membahagikan personaliti penerima hadiah kita kepada dua kategori: mereka yang banyak berjasa (The Nice List) dan mereka yang suka menguji kesabaran (The Naughty List).
😇 The Nice List: Untuk Mereka Yang Baik Orangnya…
- Untuk Anak Perempuan (KURA RM899): Katil dua muka yang ikonik ini boleh berubah mengikut fasa umur, daripada katil rendah yang selamat kepada katil loft yang menyeronokkan. Sesuai untuk bilik dengan “main character energy”.


- Untuk Isteri/Suami (HÖGVER RM375): Kerusi makan yang elegan dan malar segar untuk melengkapkan set meja makan yang sedondon—sebuah Christmas miracle yang sebenar.


- Untuk Ibu (RÃ…SKOG RM179): Troli tiga tingkat yang kukuh dan mudah digerakkan, sesuai untuk menyimpan segala koleksi sos dan sambal rahsia mak-mak di dapur.


- Untuk Anak Buah yang Berjiwa Pengembara (Trunk SANDLÖPARE RM69): Kotak simpanan berbentuk bagasi pengembara, sesuai untuk menyimpan segala harta karun dan kelengkapan “misi rahsia” mereka.


- Untuk Bestie (RUDSTORP RM145): Bangku yang juga boleh dijadikan sebagai meja sisi yang ringkas dan bergaya sebagai mood booster untuk menceriakan ruang kegemaran rakan baik anda.


- Untuk Si Kecil Bakal Chef (SILLTRUT RM299): Set dapur mainan yang lengkap untuk membolehkan mereka memasak hidangan imaginasi dengan penuh keyakinan.


😈 The Naughty List: Sabar Je Lah, Tapi Hadiah Tetap Bagi
- Untuk Anak Kawan Yang Suka ‘Gusti’ (KRAMIG RM15): Anak patung panda yang lembut ini sedia menjadi mangsa “karate chop” menggantikan sofa, tilam atau kucing anda.


- Untuk Sepupu Suka Makan Atas Katil (FARMARKVAST RM29): Tong sisa makanan yang secara halus memberi mesej: “Memandangkan awak takkan berhenti makan atas katil, sekurang-kurangnya buanglah sisa itu dengan betul”.


- Untuk Adik Yang Suka Lari-Lari Waktu Mandi (Tuala Berhud SANDLÖPARE RM60): Tuala corak cheetah yang lembut untuk membungkus si “pakar meloloskan diri” sebaik sahaja anda berjaya menangkap mereka.


- Untuk Rakan Sekerja Pelupa (TROFAST RM20): Bakul storan khas untuk rakan yang selalu hilangkan stapler dan alat tulis—cubaan diplomatik untuk menyelamatkan stok pejabat.


- Untuk Cucu Suka Menconteng (LÄTT RM99): Set meja dan kerusi ini memberi mereka ruang untuk berkarya tanpa perlu mengorbankan sofa atau dinding mahal anda.


- Untuk Jiran Suka Pinjam Pinggan (DAGGASTER RM23): Memandangkan pinggan anda yang dipinjam tak pernah pulang, hadiahkan mereka pinggan sendiri yang kukuh dan cantik ini.


Beli Barang IKEA Sekarang Dah Boleh Ambil Sendiri Di Kuching
Mungkin anda dah tahu, tapi ini peringatan mesra buat warga Kuching di mana anda tidak perlu lagi risau tentang kos logistik yang mahal untuk barang-barang di atas.
Menerusi IKEA Collection Point di Demak Laut, urusan self-pickup barangan yang anda pesan melalui laman web IKEA Malaysia adalah sangat efisien dan menjimatkan. Ia membolehkan anda memiliki produk hiasan rumah yang berfungsi dengan harga yang rendah, sesuai dengan misi IKEA untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi seramai mungkin orang.
Paling penting, harga kekal sama macam di Semenanjung Malaysia.

Cara Mudah Miliki Hadiah Ini:
- Layari IKEA.my/EMstore dan pilih produk dari senarai di atas.
- Semasa proses checkout, pilih opsyen penghantaran ke Collection Point Kuching di Demak Laut.
- Anda hanya perlu tunggu pesanan sampai atau ambil sendiri mengikut keselesaan waktu anda.
Bagi yang suka keistimewaan tambahan, daftar sebagai ahli IKEA Family secara percuma untuk mendapatkan berita terkini, promosi menarik dan kejutan eksklusif sepanjang tahun. Daftar sekarang di family.ikea.com.my.
Jadi, jangan tunggu saat akhir! Krismas dah dekat, dan senarai hadiah IKEA ini pasti akan buat musim cuti anda lebih ceria. 😉

