• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu

Oleh
ILB - AI
19 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu

Iklan McDonald’s terbaharu menggambarkan warga Malaysia yang terpaksa menyambut bulan Ramadan jauh dari keluarga

Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu. Tak kira sama ada Gawai, Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Raya atau mana-mana perayaan, meraikan sendiri dan jauh dari keluarga adalah perasaan sedih bagi kebanyakan perantau dan juga keluarga mereka.

Isi Isi Penting
  • Iklan McDonald’s terbaharu menggambarkan warga Malaysia yang terpaksa menyambut bulan Ramadan jauh dari keluarga
  • Penutupan sempadan Singapura-Malaysia menyebabkan 3 warga Malaysia tidak dapat pulang untuk bersama dengan keluarga
  • Iklan tersebut juga menunjukkan dua warga Malaysia yang telah berada di Singapura lebih lama dari Samsuri
  • Mereka akhirnya ‘disatukan’ dengan keluarga mereka di hadapan sebuah meja

Untuk meraikan sesuatu yang sepatutnya menggembirakan bersama keluarga tetapi kerana keadaan, anda tidak boleh, memang merupakan sesuatu yang dirasakan oleh kebanyakan perantau yang kini berada di luar negara sejak tercetusnya pandemik.

Iklan terbaharu yang dikeluarkan oleh McDonald’s meninggalkan netizen rasa sayu apabila tiga warga Malaysia ditunjukkan meluahkan kerinduan untuk bersama keluarga mereka pada bulan Ramadan.

Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu

Penutupan sempadan Singapura-Malaysia menyebabkan 3 warga Malaysia tidak dapat pulang untuk bersama dengan keluarga

Iklan berkenaan bermula dengan seorang lelaki bernama Samsuri, seorang warga Malaysia yang kini bekerja di Singapura sebagai delivery rider McDonald’s selama setahun.

Kredit: YouTube

Menurut Samsuri, beliau berkongsi bahawa beliau sepatutnya berada di Singapura selama dua minggu tetapi akibat pandemik Covid-19 tahun lepas, beliau telah berada di negara tersebut selama setahun.

Kredit: YouTube

Tahun ini, beliau terpaksa menyambut bulan Ramadan berseorang kerana isterinya, anak perempuannya dan 7 ahli keluarganya termasuk adik-beradiknya berada di Malaysia.

Kredit: YouTube

Samsuri juga menyatakan bahawa beliau mempunyai beberapa kawan rapat yang juga menghadapi situasi yang sama sepertinya.

Kredit: YouTube

Iklan tersebut juga menunjukkan dua warga Malaysia yang telah berada di Singapura lebih lama dari Samsuri

Seorang lagi warga Malaysia, Rozaini, telah bekerja di Singapura selama 11 tahun.

Dalam video tersebut, Rozaini berkongsi bahawa jika diberi peluang untuk kembali ke Malaysia, beliau hanya ingin memeluk keluarganya.

Kredit: YouTube

“Tiga bulan di sini terasa seperti saya tidak melihat mereka dalam tiga tahun,” katanya.

Seperti warga Malaysia lain yang berada di luar negara dan jauh dari keluarga masing-masing, Rozaini terpaksa berada di Singapura demi tanggungjawabnya untuk menyara keluarga beliau yang masih di Malaysia.

Kredit: YouTube

Seorang lelaki bernama Anas, yang sudah bekerja di Singapura selama 3.5 tahun, berkongsi bahawa sejak penutupan sempadan, beliau tidak dapat berjumpa dengan keluarganya secara kerap seperti dahulu.

Kredit: YouTube

Mereka akhirnya ‘disatukan’ dengan keluarga mereka di hadapan sebuah meja

Setelah berkongsi kerinduan mereka, video tersebut menunjukkan ketiga-tiga warga Malaysia itu duduk ‘bersama’ dengan keluarga mereka, all thanks to virtual video calling!

Peralihan digital yang lancar itu menjadikan mereka seperti duduk di satu meja besar di bilik yang sama, di mana meja itu digelar My Happy Table. Malah, pemandangan itu yang sangat realistik menjadikan semua orang dalam video tersebut gembira!

Keluarga Samsuri. Kredit: YouTube
Keluarga Rozaini. Kredit: YouTube
Keluarga Anas. Kredit: YouTube

Anda boleh lihat iklan tersebut di bawah:

Berjauhan dari orang yang tersayang demi tanggungjawab memang menyedihkan, tetapi mujur ada teknologi untuk membantu kita sentiasa berhubung, kan?

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat – KM Sarawak
Next Article TERKINI: Kekal Tertinggi Di Malaysia, Sarawak Catat 589 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?