• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat – KM Sarawak

Oleh
Ismail NA
19 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kita jaga dirik mpun.

Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat – KM Sarawak. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan buruk kepada ekonomi dan rakyat, demikian ulas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa sidang media khas pagi tadi.

Isi Isi Penting
  • Kita jaga dirik mpun.
  • Industri terjejas, banyak kekangan dihadapi Sarawak
  • Hanya 3 jenis urusan penting diberikan kebenaran rentas zon
  • Rakyat kurang patuh SOP di Sarawak
  • PKPB di Sarawak sehingga 26 April ini
  • Artikel lain mengenai kemasukan ke Sarawak semasa COVID-19 :

Beliau berkata, sekiranya PKP 5.0 dilaksanakan, ia akan memberi kesan yang membebankan kepada pelbagai industri. Bukan itu sahaja, ramai individu akan kehilangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak menerusi JPBNS perlu mengambil langkah yang ketat bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan agar tekanan kepada sumber kesihatan negeri yang terhad dan tenaga kerja keletihan melampau dapat dikurangkan.

Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat - KM Sarawak
Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat – KM Sarawak

Industri terjejas, banyak kekangan dihadapi Sarawak

Menurut Ketua Menteri, sejak kebelakangan ini, ramai yang membahaskan agar PKP dilaksanakan berbanding PKP Bersyarat (PKPB) seperti sekarang. Namun demikian, menerusi pemerhatian lapangan oleh pihak JPBNS serta sepanjang pengalaman PKP di Sibu pada awal tahun ini, banyak kekangan yang dihadapi oleh Sarawak terutamanya dari segi penguatkuasaan.

Banyak industri akan terjejas dan rakyat akan kehilangan pekerjaan.

Oleh yang demikian, setelah meneliti semua isu dan penilaian risiko, JPBNS memutuskan untuk terus melakukan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan bersasar seperti di kawasan rumah panjang, taman perumahan dan kawasan kejiranan kerana kaedah tersebut ternyata lebih berkesan.

Hanya 3 jenis urusan penting diberikan kebenaran rentas zon

Dalam masa yang sama, pergerakan rentas daerah juga menjadi penyumbang utama penularan COVID-19 yang mana setakat ini mencatat 506 kes positif dan 8 kluster. Jumlah ini merupakan jumlah kumulatif kes yang berpunca daripada pergerakan rentas daerah sejak Januari 2021. Punca ini dikategorikan sebagai Import C. Sehubungan itu, kesemua agensi penguatkuasaan yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengetatkan lagi kawasan sempadan daerah.

Setakat ini, hanya 3 urusan yang dibenarkan untuk melakukan urusan rentas zon serta mendapatkan permit polis iaitu pengangkutan awam, kecemasan dan pemandu yang menghantar makanan dan keperluan harian.

Rakyat kurang patuh SOP di Sarawak

Bukan itu sahaja, antara faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah disebabkan kurangnya pematuhan Prosedur Operasi Stamdard (SOP) semasa perhimpunan sosial seperti perjumpaan keluarga, pesta keramaian melibatkan ulang tahun, perpisahan, perayaan, pengebumian, gotong royong dan laga ayam.

Pada akhir 2020, Sarawak telah berjaya melandaikan lekuk kes COVID-19 dengan melaksanakan PKP. Namun, situasi ini tidak dapat dilaksanakan secara berterusan. Semasa PKP Pemulihan (PKPP), Sarawak juga telah berjaya mengekalkan banyak daerah dalam zon hijau sementaranya beberapa di antaranya yang berstatus kuning. Tempoh kebanyakan daerah berstatus hijau ini adalah pada 25 November 2020 hingga 7 Januari 2021. Pada waktu itu, terdapat 35 daerah di Sarawak berstatus hijau manakala selebihnya 5 daerah berstatus kuning.

PKPB di Sarawak sehingga 26 April ini

Jumlah harian yang agak rendah mencerminkan bahawa Sarawak pada ketika itu berjaya mengatasi penularan jangkitan selama beberapa bulan. Namun demikian, sejak 8 Januari 2021, semakin banyak kes import yang masuk ke Sarawak dan menyebabkan peningkatan kes di seluruh Sarawak. Rentetan itu, trend peningkatan kes secara mendadak direkodkan di beberapa daerah seperti Sibu, Bintulu dan Miri. Ini telah menyebabkan JPBNS terpaksa mengambil keputusan untuk mengenakan PKPB bermula 13 April hingga 26 April 2021.

Bagi membendung penularan pandemik dengan lebih teruk, pihak kerajaan Sarawak bertegas untuk melakukan saringan jejak, uji, kuarantin dan isolasi. Malah, tempoh kuarantin selama 14 hari akan dikekalkan bagi mengelakkan lebih banyak kes import masuk ke sini.

Artikel lain mengenai kemasukan ke Sarawak semasa COVID-19 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan
Next Article Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu Iklan Tentang Warga Malaysia Di Singapura Sambut Ramadan Jauh Dari Keluarga Akan Membuat Anda Rasa Sayu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?