Individu dirakam curi kabel di Kuching
Individu Guna Alza Biru Dirakam Curi Kabel Di Hadapan Emporium Kuching. Sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh Sarawak Roads Update di Facebook memaparkan insiden sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 5.30 pagi di hadapan Emporium Kuching.
Dalam perkongsian tersebut, pihak Sarawak Roads Update meminta perhatian Ketua Polis Daerah Kuching dan tindakan segera diambil terhadap insiden berkenaan. Rakaman video itu menunjukkan dengan jelas perbuatan individu yang melakukan jenayah mencuri kabel tersebut.

Menyuarakan kebimbangan terhadap kes
Di ruangan komen video itu pula, netizen rata-ratanya menyuarakan kebimbangan terhadap kes berkenaan yang dilihat semakin meningkat, khususnya di kawasan bandar. Mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk menangani isu ini demi keselamatan masyarakat.
Kecurian kabel bukan sahaja menjejaskan keselamatan awam, tetapi juga menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan utiliti seperti elektrik dan telekomunikasi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini disarankan untuk segera melaporkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

