• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

Oleh
Farisha
23 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Diminta orang ramai menghormati jasa anggota tentera yang terkorban

Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan. Seluruh negara sedang berduka dengan kejadian tragis pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada hari Selasa.

Kemalangan nahas itu telah meragut nyawa 10 mangsa termasuk seorang mangsa dari Sarawak, LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna ketika menjalani latihan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadualkan pada hari Sabtu.

Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan
Individu Hina Mangsa Nahas Helikopter TLDM, Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan

Rakaman dan gambar nahas yang tular di media sosial menunjukkan keadaan yang amat menyedihkan dengan serpihan dan cebisan daging mangsa bertaburan di kawasan kejadian. Suara saksi turut menggambarkan keadaan tragis itu dengan nada yang sedih.

“Ya ALLAH, cebisan daging ya ALLAH. Banyak di situ ya ALLAH. Cebisan daging,” ujarnya saksi tersebut menurut sumber.

Individu tidak berhati perut perlu diambil tindakan yang tegas

Bagaimanapun, terdapat individu yang bertindak tidak sensitif dengan meremehkan mangsa kejadian melalui komen kasar di media sosial.

Perkara ini mendapat perhatian orang ramai yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap individu tersebut kerana tidak menghormati mangsa nahas helikopter itu.

Setakat ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai komen negatif yang dilontarkan itu.

SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gereja Sacred Heart Di Kanowit Berusia 141 Tahun Dibaik Pulih Gereja Sacred Heart Di Kanowit Berusia 141 Tahun Kini Dibaik Pulih
Next Article Sabah Bayar 4 Kali Ganda Kos Pampasan Tanah Bagi Projek Pan Borneo Berbanding Sarawak Sabah Bayar 4 Kali Ganda Kos Pampasan Tanah Bagi Projek Pan Borneo Berbanding Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?