• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Ingkar SOP COVID-19 Akan Didenda Sebanyak RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

Oleh
Husna Hazmi
26 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini telah dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Individu Ingkar SOP COVID-19 Akan Didenda Sebanyak RM10,000 Mulai 11 Mac 2021. Dilaporkan bahawa, individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

Perkara tersebut telah dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara semalam.

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Individu Ingkar SOP COVID-19 Akan Didenda Sebanyak RM10,000 Mulai 11 Mac 2021
Individu Ingkar SOP COVID-19 Akan Didenda Sebanyak RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

Warta itu menyebut bahawa suatu Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawasanya disebabkan oleh suatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Jan 2021.

Ia menyatakan yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta adalah dikehendaki untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dinamakan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Ordinan itu turut merangkumi pindaan terhadap penalti umum mengikut Seksyen 24 dan menyatakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta tersebut, dengan tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, akan berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM100,000.

Individu Ingkar SOP COVID-19 Akan Didenda Sebanyak RM10,000 Mulai 11 Mac 2021

Memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan

Ia juga menyebut bahawa orang yang diberi kuasa boleh mengarahkan pesakit COVID-19 atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan atau apa-apa peranti lain yang diberikan pegawai yang diberi kuasa.

“Mana-Mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan,” menurut ordinan itu.

Di samping itu, bagi syarikat yang melanggar SOP tersebut, wakilnya boleh didakwa di mahkamah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM
Next Article Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?