• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain

Oleh
ILB - AI
2 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sama warna bukan halangan untuk dapat sambutan pelanggan sempena penerbangan sulung MYAirline

Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain. Baru sahaja memulakan penerbangan sulungnya dan tiba di Kuching beberapa jam yang lalu, MYAirline adalah sebuah lagi syarikat penerbangan di Malaysia.

Walaupun menggunakan warna tema merah yang sama seperti syarikat penerbangan gergasi di Malaysia saat ini iaitu syarikat penerbangan Air Asia, namun, ini tidak menjadi satu halangan kepada syarikat penerbangan MYAirline ini untuk meraih sambutan hangat daripada pelanggan mereka sempena penerbangan pertama nya.

Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain
Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain. Sumber gambar: MashableSE Asia

Individu kongsi pengalaman sehingga menjangkakan bahawa ini boleh jadi pesaing kepada penerbangan yang tawar tambang murah juga

Salah satu perkongsian pelanggan MYAirline di media sosial mula menarik perhatian apabila pelanggan ini membuat perbandingan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MYAirline sehingga pelanggan ini menjangkakan bahawa syarikat ini boleh menjadi pesaing hebat kepada syarikat penerbangan lain yang menawarkan pakej tambang murah.

Menurut perkongsian individu ini, pada mulanya beliau merasakan bahawa dirinya seumpama terkena scam kerana seperti kebiasaan tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching selalunya memakan nilai ratusan ringgit. Tetapi, dengan MYAirline ianya hanya RM68 sahaja.

Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain
Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain. Sumber gambar: FB Hanis Zakeria Moolahdesign

Namun, setelah menjadi pelanggan yang berada di tempat duduk paling hadapan, 1A di dalam kapal terbang tersebut, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan ini mampu menjadi pesaing hebat kepada syarikat penerbangan yang lain.

Baru mulakan perkhidmatan, jadi normal jika masih ada permasalahan sedikit

Walaupun demikian, sememangnya perkara biasa jika masih berlaku sedikit permasalahan teknikal kerana syarikat ini juga baru sahaja merasmikan penerbangan pertamanya. Jadi, individu ini juga meninggalkan pesanan untuk pengguna yang lain seperti e-mel penempahan akan diterima sedikit lambat.

Seterusnya, beliau juga berpesan untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan syarikat ini supaya berada di lapangan terbang lebih awal kerana “check in online” masih belum stabil. Bukan itu, mungkin ada yang masih keliru dengan MYAirline dan Air Asia hanya kerana warna merah tersebut. Jadi, nombor pada tiket untuk MYAirline akan dimulai dengan huruf Z, manakala Air Asia lazimnya dengan AK.

Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain
Sumber gambar: FB Hanis Zakeria Moolahdesign

Jika menghadapi sebarang permasalahan yang lain, digalakkan supaya boleh terus ke kaunter Z jika berada di KLIA2. Keseluruhannya, bagi individu ini semua langkah-langkah sebelum penerbangan adalah sama seperti syarikat yang lain. Bahkan, untuk penerbangan yang baru memulakan perkhidmatannya, bagi beliau, perkhidmatan MYAirline sangat lancar.

Semoga kelancaran ini akan sentiasa berterusan untuk syarikat penerbangan MYAIrline ini.

SUMBER :MashableSE AsiaFB Hanis Zakeria Moolahdesign
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM
Next Article Tawar Penginapan Di Rumah Melayu Klasik, Nikmati Percutian Unik Di Santubong Family Homestay

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?