• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM

Oleh
Aina Musa
2 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM

Tuntut hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63

Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM. Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah meminta Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memenuhi tuntutan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM
Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM. Sumber: Utusan Sarawak

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya tidak meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), sebaliknya mahu dikembalikan hak Sarawak yang sudah terhakis dalam MA63 dan IGC.

Jawatan TPM bukan keutamaan GPS

“Sekiranya ditawarkan jawatan TPM kita terimalah. Ambillah… bukan kita meminta. Tapi mesti dengan kuasa.

“Saya sudah mengesyorkan apa yang dikehendaki adalah hak dan perjuangan Sarawak dalam MA63 dan IGC. Itu adalah hak kita.

Abang Jo Desak Anwar Kembalikan Hak Sarawak, Bukannya Jawatan TPM

“Jadi saya meminta PM baru supaya memenuhi apa yang telah tertulis iaitu mengenai MA63 dan IGC,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Kelab Penyokong Kerajaan GPS di Raia Hotel, di sini malam ini.

Premier Sarawak itu berkata, sebab itu persoalan mengenai status TPM bukan menjadi keutamaan GPS setelah memenangi 23 daripada 31 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ingat pesan Tok Nan, hanya rakyat Sarawak yang akan mentadbir Sarawak

“GPS bertanding pada PRU-15, sama ada menang atau kalah kita tidak meminta apa-apa. Sebab itu persoalan mengenai status TPM bukan menjadi keutamaan kami,” katanya.

Kredit foto: New Naratif

Menurut Abang Johari, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pernah berpesan bahawa hanya orang Sarawak sahaja yang dapat mentadbir Sarawak dan pesanan ini perlu diingati.

“Dengan ini kita dapat mentadbir Sarawak. Arwah Tok Nan berpesan hanya orang Sarawak sahaja yang dapat mentadbir Sarawak,” katanya.

SUMBER :Utusan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 'Cop Parkir' Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ
Next Article Individu Kongsi Pengalaman Guna MYAirline, Jangka Jadi Pesaing Hebat Penerbangan Tambang Murah Lain

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?