• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

Oleh
Nazihah AN
26 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

Korang ingat lagi abang rambut perang malam tadi tak?

Jika anda menonton siaran langsung aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Selatan malam tadi, pastinya wajah pemuda ini menjadi tumpuan ramai.

Reaksi spontan ekor ‘Harimau Malaya’ yang menangis di dalam stadium sejurus Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi, sempat dirakam oleh lensa kamera dan kini mula tular di media sosial.

Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar
Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

Rupa-rupanya, ada kisah menarik di sebalik tangsisan harimau malaya abang ini.

Difahamkan nama sebenar abang rambut perang adalah Derrick Gan, seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang berasal dari Melaka.

Pengorbanan beliau ke Qatar sebenarnya tidak boleh diperkecilkan, difahamkan beliau sanggup menjual motosikal kesayangannya demi menampung perbelanjaan untuk menonton Malaysia bermain di Piala Asia.

Pada 28 Disember tahun lalu, pemuda dari Melaka ini telah memuatnaik satu hantaran di akaun Facebooknya yang mahu mencari dana ke Qatar dengan menjual motosikal Yamaha 135LC yang digunakannya setiap hari.

Individu Ini Jadi Tular, Sanggup Jual Motosikal Demi Sokong Harimau Malaya Di Qatar

Harga yang ditawarkannya pada ketika itu adalah RM4,500 dan ia masih boleh dirunding. Katanya, dia sanggup melepaskan motosikal ini demi untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia.

Sebenarnya Derrick Gan telah mengajar kita ‘erti semangat cintakan negara’ dan pengorbanannya ini turut mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia.

Kami cukup kagum dengan anda!

Korang tau tak salah satu pemain bola Harimau Malaya ni ada yang berasal dari Sarawak. Baca lebih lanjut di bawah:

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Cikgu Dari Betong Yang Berkongsi Sejarah Agong Kepada Murid Tarik Perhatian Tengku Hassanal
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu 7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu
Next Article TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?