• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Oleh
Ismail NA
15 Jun 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Mesti ramai yang tak tahu bahawa Dion Cools ini adalah kacukan dari Sarawak

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023. Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia meraih tempat ke Piala Asia 2023 merupakan detik bersejarah yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sudah sekian lama negara kita menanti kelayakan ini secara merit dalam masa 42 tahun!

Salah seorang pemain bola sepak Malaysia yang ternyata ‘perform’ dan menunjukkan prestasi permainan yang menakjubkan pada perlawanan penentuan kelayakan menentang Bangladesh adalah Dion Cools.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Dion Cools. Sumber: IG @djcools21

Berita ini pastinya sesuatu yang menarik untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Sarawak. Meskipun Dion Cools merupakan pemain kacukan, beliau layak menerima kelebihan tersebut kerana ibunya merupakan seorang rakyat Sarawak yang berasal dari Kuching!

Dion Cools, tanah tumpah darahnya di Kuching, Sarawak

Dion Cools atau nama penuhnya Dion-Johan Chai Cools merupakan seorang pemain bola sepak berdarah kacukan Malaysia-Belgium. Ibunya merupakan seorang berbangsa Cina berasal dari Kuching manakala bapanya merupakan seorang warga Belgium.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Sumber: Alchetron.com
Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Ibu bapa Dion Cools semasa berada di Kuching, Sarawak. Sumber: Facebook

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1996 di Kuching, Sarawak dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Liam-Zayn Cools hasil perkongsian hidup bersama pasangannya, Melissa Schelfhout.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Sumber foto: Twitter @Djcools_21 & IG @djcools21

Keluarga Dion kemudian berhijrah ke Belgium dan terus menetap di sana. Ibunya merupakan peminat pasukan Liverpool dan bertitik tolak daripada itu, Dion mula meminati sukan bola sepak sejak kecil dan terus berkecimpung sehingga menjadikan ia sebagai karier pilihannya masa kini.

Posisi Dion Cools

Sinonim dengan posisi pertahanan, Dion Cools selesa bermain di posisi bek kanan, tetapi juga berkebolehan bermain di bahagian bek kiri. Walau bagaimanapun, versatiliti yang dimiliki oleh Dion menjadi satu kegemaran buat pasukan dan jurulatih kerana beliau juga boleh diletakkan untuk bahagian forward, sama ada di posisi sayap belakang atau posisi tengah kanan.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kredit foto: Aizuddin Saad

Berpengalaman wakili skuad muda kebangsaan Belgium sebanyak 28 kali

Semua orang pasti tahu akan kekuatan pasukan Belgium yang sehingga kini tidak lekang dari senarai pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA. Kehebatan Dion Cools juga tidak dapat disangkal apabila beliau berjaya menempatkan diri dan bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Belgium bawah 18, bawah 19 dan bawah 21 tahun sebanyak 28 kali.

Dion juga dipanggil oleh jurulatih Gert Verheyen untuk mewakili pasukan kebangsaan Belgium bawah 19 tahun untuk kelayakan Kejuaraan UEFA Eropah bawah 19 tahun pada tahun 2015.

Sumber: Alchetron.com

Dion memilih untuk beraksi di bawah panji Malaysia sejak tahun lalu

Walau bagaimanapun, disebabkan beliau belum dinaikkan ke skuad senior Belgium dan tidak mempunyai cap kebangsaan negara itu, Dion secara automatik boleh memilih untuk mewakili Malaysia kerana darah kacukan ibunya yang merupakan warganegara Malaysia. Lelaki ini mengambil keputusan untuk menyertai skuad Malaysia dan menjadi pemain Harimau Malaya yang sah pada 1 Jun 2021.

Kredit foto: FAM

Dion membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Walau bagaimanapun, mereka tewas 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun 2022 di Dubai.

Sejarah karier Dion Cools

Mula bermain secara serius pada tahun 2010 bersama kelab muda Anderlecht dan memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak di usia 18 tahun bersama kelab OH Leuven pada tahun 2014.

Setahun kemudian, Dion dilamar kelab Brugge. Brugge menjadi medan untuk Dion mengasah kredibilitinya sebagai pemain bolasepak profesional di mana beliau telah berjaya membantu pasukan Brugge menjulang Piala Divisyen Satu Belgium sebanyak 2 kali iaitu pada musim 2015/2016 dan 2016/2017.

Kredit foto: Photo News

Malah, beliau juga berjaya menembusi kesebelasan tonggak utama untuk membantu skuad tersebut menjulang piala Supercup pada tahun 2016 dan memberi sokongan kepada rakan sepasukan dari bangku simpanan pada tahun 2018.

Kini, Dion Cools dipinjamkan ke SV Zulte Waregem oleh kelab asalnya, FC Midtjylland sehingga hujung musim 2021-2022. Meskipun beliau menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab pendahulu Liga Super Denmark itu, peminjaman ini adalah atas permintaan Dion sendiri bagi membolehkan beliau memiliki lebih banyak minit permainan dan memperbaiki prestasi semasa.

Sumber: Team Malaysia

Pemain paling ‘perform’ dalam perlawanan bersejarah Malaysia layak ke Piala Asia

Pada perlawanan pelengkap di Stadium Bukit Jalil malam semalam, Dion Cools atau juga digelar sebagai Dion ‘Sejuk’ oleh rakan sepasukan Harimau Malaya, menjaringkan gol melalui satu rembatan deras di ruang kotak penalti.

Detik ini diakuinya sebagai sesuatu yang manis buat beliau memandangkan ini merupakan gol pertamanya di peringkat antarabangsa sekaligus membantu skuad Harimau Malaya mendapatkan gol berharga kedua menentang Bangladesh.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kredit: Vincent Phoon / Power Sport Images untuk AFC

Malah, pemerhati bola sepak tanah air menyifatkan penyarung jersi nombor 21 ini sebagai seorang yang tenang, bertenaga dan bijak mengawal tempo permainan dalam perlawanan tersebut. Penguasaan Dion di atas padang juga membantu pasukan secara keseluruhan selain menggunakan kemampuannya membuat hantaran tepat kepada barisan serangan negara.

Gol daripada Dion Cools ini juga membolehkan Malaysia menumpaskan Bangladesh 4-1 dan seterusnya layak secara merit ke Piala Asia 2023 yang akan diadakan di China pada tahun depan.

Sempat galas tanggungjawab sebagai kapten pasukan

Dalam perlawanan yang sama, pemain berusia 26 tahun ini juga menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan apabila disarungkan lilitan lengan merah oleh Syafiq Ahmad yang direhatkan pada separuh masa kedua. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan bersejarah tersebut.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Kredit foto: FAM

Paling mengharukan, Dion Cools mengakui bahawa beliau tidak menyesal memilih untuk menyarung lencana Malaysia di dadanya meskipun beliau memiliki peluang yang lebih popular untuk menyarung jersi Belgium, pasukan di tangga kedua bola sepak dunia.

Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Next Article Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?