• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan

Oleh
ILB - AI
31 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan

Individu yang memasuki bahagian Bintulu wajib menjalani ujian rT-PCR mulai 5 April

Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan. Dilaporkan bahawa individu yang memasuki bahagian Bintulu dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19, berkuatkuasa 5 hingga 18 April ini.

Perkara ini berikutan makluman Pejabat Kesihatan Bintulu bahawa kebanyakan kes Covid-19 di Bintulu berpunca daripada pergerakan individu dari luar zon Bintulu yang kemudian menjangkiti komuniti serta menyebabkan jangkitan di tempat kerja.

Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan

Lakukan ujian saringan 3 hari sebelum perjalanan

Menurut laporan, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat mengatakan bahawa semua individu wajib membuat ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum melakukan perjalanan agar memastikan jangkitan dalam komuniti dapat dikurangkan.

Kredit: TravelTriangle

Ujian saringan tersebut adalah pendekatan rT-PCR.

Keputusan saringan akan dijadikan dokumen sokongan semasa memohon permit polis untuk merentas zon.

Jika keputusan saringan tiada, pihak polis disaran untuk tidak meluluskan permit pergerakan.

Individu yang gagal mengemukakan dokumen keputusan saringan akan ditolak pemohonan atau dimasukkan ke pusat kuarantin selama 14 hari dengan segala kos kuarantin dan ujian saringan dibiayai oleh diri sendiri.

Pengecualian untuk individu yang merentas masuk atas sebab kecemasan, dengan dokumen sokongan dan pekerja perkhidmatan penting

Bagi individu yang mempunyai alasan munasabah seperti atas sebab kecemasan atau dengan dokumen sokongan seperti temu janji di hospital atau menghadiri pengebumian.

Individu yang di bawah kategori perkhidmatan penting (essential services) yang perlu melakukan perjalanan ulang-alik secara kerap ke Bintulu akan diberikan keolonggaran, iaitu keputusan ujian saringan adalah sah bagi tempoh 2 minggu sahaja.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Edge Markets

Jack juga menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas akan dilaksanakan agar memastikan orang ramai lebih berdisiplin dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari
Next Article Fasa Kedua Vaksinasi Di Sarawak Akan Bermula April 19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?