• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari

Oleh
Nazihah AN
31 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemain bola sepak Liga Malaysia yang beraksi di Sarawak tidak perlu menjalani kuarantin 14 Hari.

Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari. Bagi memudahkan perlawanan pasukan Sarawak dalam saingan Liga Malaysia 2021, pihak kerajaan negeri telah mengeluarkan garis panduan kuarantin bagi para pemain bola sepak atau pasukan Liga Malaysia.

Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari
Pasukan Liga Malaysia Dibenarkan Beraksi Di Sarawak Tanpa Kuarantin 14 Hari

Menerusi sebuah posting yang tular di laman Facebook, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah membenarkan pasukan-pasukan Liga Malaysia masuk ke Sarawak hanya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun tiada penjelasan saintifik seperti potensi penularan di dalam pesawat dan sebagainya terhadap kelonggaran tersebut dikeluarkan setakat ini.

#TerkiniJawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah memberi kebenaran kepada pasukan Sarawak United dan…

Posted by Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya on Monday, March 29, 2021


Pasukan Sarawak yang menyertai saingan liga pada kali ini iaitu pasukan Sarawak United FC dan Kuching City FC. Disebabkan peraturan kemasukan ke Sarawak sangat ketat, maka kedua-dua pasukan ini membuat keputusan untuk menggunakan gelanggang di Semenanjung sebelum ini sebagai laman sendiri atau ‘home’ mereka bagi memudahkan urusan pasukan yang bertanding.

Para pemain perlu mengikuti syarat yang ketat sepanjang berada di Sarawak

Pasukan Sarawak United FC telah memilih Stadium Hang Jebat Melaka sebagai laman sendiri manakala pasukan Kuching City FC memilih Stadium Likas di Sabah sebagai laman sendiri. Namun, peraturan tersebut nampaknya dilonggarkan namun para pemain perlu mengikuti syarat yang ketat sepanjang berada di Sarawak.

Antara syarat utama adalah para pemain bola sepak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 rt-PCR 3 hari sebelum bertolak ke Sarawak.

Syarat yang kedua pula adalah mereka perlu memohon kebenaran memasuki Sarawak melalui ‘EnterSarawak’ dengan menyertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan untuk memasuki negeri Sarawak. Syarat yang ketiga adalah para pemain bola sepak ini dibenarkan berada di Sarawak selama 3 hari 2 malam sahaja tanpa menjalani kuarantin 14 hari.

Selain itu syarat yang keempat adalah pergerakan mereka ini hanya dihadkan dari hotel kediaman ke tempat pertandingan/ latihan sahaja. Syarat yang terakhir ialah FAM dan FAS bertanggungjawab untuk memastikan Garis Panduan dipatuhi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Seludup Rokok Dan Arak Bernilai RM 21.5 Juta Tumpas, Rampasan Terbesar Di Sarawak Tahun Ini
Next Article Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?