• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Ingat Cantik Ke’, Penyanyi Sarawak Radhi OAG Hina Dan Tarik Rambut Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie

Oleh
Aina Musa
16 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
'Ingat Cantik Ke', Penyanyi Sarawak Radhi OAG Hina Dan Tarik Rambut Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie

Hanya kerana tidak mahu swafoto bersama

Bekas Isteri Dedah Penyanyi Sarawak Radhi OAG Hina Dan Tarik Rambut Hanya Enggan Selfie

‘Ingat Cantik Ke’, Penyanyi Sarawak Radhi OAG Hina Dan Tarik Rambut Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie. Menjerit, kau bagus sangat ke? Kau cantik sangat ke?” demikian kata bekas isteri Radhi OAG di Mahkamah Majistret hari ini ketika memberi penjelasan berhubung insiden dimarahi penyanyi kumpulan terkenal itu akibat enggan berswafoto.

Nur Shahira Ayu Zahiri, 29, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan kakaknya bersama tiga anak saudara berada dalam kereta di lobi parkir di Emporis Kota Damansara, 19 April tahun lalu.

‘Ingat Cantik Ke’, Penyanyi Sarawak Radhi OAG Hina Dan Tarik Rambut Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie. Kredit: Kosmo

Saksi pendakwaan pertama itu berkata, keberadaannya di parkir itu untuk membawa pulang anak lelaki mereka berusia tujuh tahun dari kediaman Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali.

Bagaimanapun, penyanyi itu didakwa meminta saksi untuk berbincang mengenai isu anak di tepi kereta sebelum berangkat pulang.

Enggan swafoto bersama kerana sudah bercerai

“Radhi kemudian terus tolak saya untuk berswafoto dalam kereta menggunakan telefonnya. Saya cakap tidak mahu mengambil gambar macam itu, tak perlu nak peluk dan berswafoto kerana sudah bercerai.

“Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan itu permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya termasuk mengeluarkan perkataan kesat kerana marah, kenapa tidak boleh berbaik untuk ambil gambar.

“Saya cakap elok-elok ketika perbalahan berlaku. Kenapa perlu marah? Kita ada kehidupan masing-masing dan tidak perlu ambil gambar sebegini.

Berlakunya pergaduhan

“Ada insiden tarik baju serta rambut selain penolakan, banyak kali pergaduhan seperti ini berlaku sebelum ini. Kami terkeluar dari kereta sebelum kakak datang peluk dan meleraikan pergaduhan yang berlaku,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Wafi Hussain.

Mengikut kertas pertuduhan, artis itu didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nur Shahira mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nur Shahira mengesahkan laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara sejurus kejadian itu yang menyebabkan kesan lebam pada tangannya.

“Kemudian, saya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Doktor ada tanya berasa sakit atau tidak atas kecederaan dialami, saya jawab tidak buat masa sekarang.

“Saya juga buat X-ray di hospital dan tunggu laporannya untuk diserahkan kepada polis,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

‘Dijaga’ Puteri Sejinjang, Dewi Seriestha Kongsi Pengalaman Mistik Semasa Penggambaran Di Santubong
Tarikan Terbaru Di Semporna, Nikmati Percutian Anda Di Sky Water Villa Resort
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Dijaga' Puteri Sejinjang, Dewi Seriestha Kongsi Pengalaman Mistik Semasa Penggambaran Di Santubong ‘Dijaga’ Puteri Sejinjang, Dewi Seriestha Kongsi Pengalaman Mistik Semasa Penggambaran Di Santubong
Next Article Tular Gambar Wanita Berjalan Tanpa Selipar Di Jalan Tol Kuching, Netizen Luah Kerisauan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?