Netizen risau dengan keadaan wanita tersebut.
Tular Gambar Wanita Berjalan Tanpa Selipar Di Jalan Tol Kuching, Netizen Luah Kerisauan. Semalam tular gambar mencurigakan seorang wanita yang berjalan di tengah-tengah jalan raya di Jalan Tol Kuching di Facebook.
Dalam perkongsian daripada Sarawak Roads Update di Facebook berkenaan, wanita tersebut dikatakan kelihatan stress. Perkara ini kemudiannya telah membuat netizen risau dengan wanita tersebut.
Netizen meluahkan rasa risau
Di ruangan komen warganet rata-ratanya meninggalkan komen di mana mereka meluahkan rasa risau serta simpati terhadap wanita berkenaan.
Netizen berkata, kesiannya, depression memang tak boleh buat main. Semoga dia masih dapat mengawal perasaannya. Semoga dipermudahkan urusan.
Baca lagi komen-komen dari netizen di sini:
Pihak polis telah pun dihubungi oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
JIka anda mengalami tekanan, anda boleh meghubungi Befrienders Malaysia di talian 03-76272929. Ingat kesihatan mental anda adalah amat penting, jangan berasa takut untuk memerlukan sokongan emosi serta kata semangat daripada orang lain.
