• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Susah Nak Buka Mulut, Ini 10 Sebab Mangsa Buli Diam Seribu Bahasa

Oleh
Farisha
14 Februari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Kenapa ramai mangsa buli memilih untuk tahan derita sendiri?

Susah Nak Buka Mulut, Ini 10 Sebab Mangsa Buli Diam Seribu Bahasa. Buli bukan sekadar ‘gurauan kasar’ atau ‘kena kuat sikit’, tetapi satu masalah serius yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap emosi, mental, dan fizikal mangsa.

Walaupun ada yang berani bersuara, ramai lagi yang memilih untuk berdiam diri dan terus menderita dalam senyap. Kenapa?

Susah Nak Buka Mulut, Ini 10 Sebab Mangsa Buli Diam Seribu Bahasa
Susah Nak Buka Mulut, Ini 10 Sebab Mangsa Buli Diam Seribu Bahasa. Gambar hiasan.

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan mangsa buli sukar untuk melaporkan kejadian yang mereka alami. Menurut The Vocket, berikut adalah 10 sebab utama:

10 sebab mengapa mangsa buli sukar untuk memberitahu orang lain tentang apa yang mereka alami:

1. Takut Dibalas Dendam

Mangsa takut pembuli akan bertindak lebih ganas atau menyebarkan fitnah jika mereka melaporkan kejadian buli. Ini lebih ketara jika pembuli mempunyai pengaruh atau kuasa.

2. Rasa Malu dan Rendah Diri

Mereka berasa malu kerana dibuli dan menganggap diri mereka lemah atau tidak cukup ‘kuat’ untuk melawan. Rasa ini boleh menjadikan mereka semakin terperangkap dalam keadaan tersebut.

3. Takut Tidak Dipercayai

Bayangkan kalau dah beranikan diri untuk bercerita, tapi orang sekeliling anggap ia hanya ‘main-main’ atau ‘mengada-ngada’. Inilah yang sering dialami mangsa buli, terutama dalam persekitaran yang tidak sensitif terhadap isu ini.

4. Merasa Tidak Ada Sokongan

Apabila rasa keseorangan dan tidak ada sesiapa yang boleh membantu, mangsa lebih cenderung untuk diam. Lebih-lebih lagi jika mereka lihat orang lain yang melaporkan buli pun tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

5. Takut Dipersalahkan

“Awak pun salah juga sebab terlalu lemah.” “Mesti awak buat sesuatu sampai dia buli awak!”

Ayat-ayat seperti ini buatkan mangsa berfikir bahawa mereka yang bersalah dan menyebabkan mereka memilih untuk terus berdiam diri.

6. Takut Digelar ‘Pengadu’ atau ‘Pengecut’

Ada mangsa yang takut rakan-rakan akan menjauhkan diri atau memandang serong jika mereka melaporkan buli. Ini lebih ketara dalam persekitaran sekolah atau tempat kerja yang mempunyai budaya ‘jangan jadi talam dua muka’.

7. Rasa Tiada Perubahan Akan Berlaku

Kalau dah pernah lapor tapi tiada tindakan diambil, apa gunanya bersuara lagi? Rasa putus asa ini boleh menyebabkan mangsa memilih untuk terus menderita dalam diam.

8. Tidak Sedar Bahawa Mereka Dibuli

Kadang-kadang, mangsa tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dibuli. Ini sering berlaku dalam kes buli psikologi atau siber, di mana perbuatan buli lebih halus dan susah untuk dikenalpasti.

9. Dipaksa atau Diugut Untuk Berdiam Diri

Pembuli mungkin mengugut untuk mencederakan mangsa, menyebarkan rahsia, atau memalukan mereka jika mereka cuba melaporkan kejadian buli. Ini menambahkan lagi ketakutan mangsa.

10. Takut Kecewakan Ibu Bapa atau Guru

Ada mangsa yang takut ibu bapa atau guru akan kecewa atau marah jika mereka tahu anak mereka dibuli. Mereka juga bimbang tindakan drastik yang diambil boleh memburukkan lagi keadaan.

Jadi, Apa Yang Kita Boleh Buat?

Sebagai masyarakat, kita perlu mewujudkan persekitaran yang selamat dan memberi sokongan supaya mangsa berani bercakap dan mendapatkan pertolongan. Buli bukan perkara remeh dan boleh meninggalkan kesan seumur hidup.

Jika anda melihat seseorang sedang dibuli atau mengalami tekanan akibat buli, jadilah orang pertama yang memberi sokongan. Kadang-kadang, satu kata semangat atau keberanian untuk bertanya “Awak okay ke?” sudah cukup untuk mengubah segalanya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Polis Tahan 9 Remaja Lelaki Disyaki Terlibat Kes Buli Di Spaoh
Hapus Budaya Senior-Junior Di PLKN, CCTV 24 Jam Untuk Elak Kes Buli

SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 8000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Ini Tindakan KPM
Next Article Tawau Jadi Tuan Rumah Sukan Sabah SAGA XI Oktober Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?