• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lebih 8000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Ini Tindakan KPM

Oleh
Farisha
14 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

8,000 calon SPM hilang dari dewan peperiksaan – Kenapa ni? Apa nak jadi ni?

Lebih 8000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Ini Tindakan KPM. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 baru sahaja berlangsung, tetapi satu isu besar telah timbul. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaporkan bahawa lebih 8,000 calon tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari.

Daripada jumlah ini, 6,231 calon merupakan pelajar dari sekolah di bawah kelolaan KPM.

Lebih 8000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Ini Tindakan KPM
Lebih 8000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Ini Tindakan KPM. Gambar hiasan.

Kenapa Ramai Tak Hadir?

Menurut KPM, antara sebab utama ketidakhadiran calon SPM 2024 termasuk:

  • Bekerja
  • Masalah keluarga
  • Masalah kesihatan
  • Meninggal dunia
  • Berpindah ke luar negara

Apa Yang KPM Buat Untuk Tangani Isu Ini?

KPM tak duduk diam dan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakhadiran calon SPM, antaranya:

  1. Pemantauan harian kehadiran murid melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  2. Mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM bagi memastikan murid yang berisiko untuk ponteng peperiksaan dapat dipantau lebih awal.
  3. Pelaksanaan program berfokus seperti Program Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, serta pelibatan komuniti dan sektor swasta dalam membantu pelajar hadir ke peperiksaan.
  4. Mengesan awal murid yang berisiko cicir sejak Tingkatan 4 supaya mereka tidak menghilangkan diri semasa SPM 2025 nanti.

Cikgu Terpaksa Kejar Pelajar Yang Tak Hadir!

Drama ketidakhadiran pelajar SPM ini sebenarnya bukan benda baru. Tahun lepas pun ada kes di mana guru-guru bertungkus-lumus menghubungi pelajar yang belum masuk ke dewan peperiksaan.

Dalam satu video yang pernah tular, beberapa cikgu dilihat sibuk menelefon pelajar sambil menyemak senarai calon yang masih belum hadir untuk kertas Sejarah. Sampai kena pujuk dan suruh datang cepat.

Dalam kapsyen video tersebut, guru tersebut memberi pesanan kepada semua pelajar agar tidak datang lewat ke peperiksaan kerana banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum masuk ke dewan. Dia juga menasihatkan agar tidak ponteng peperiksaan kerana ia bukan sahaja merugikan diri sendiri, tetapi juga menyusahkan pihak lain.

Jangan Main-Main Dengan SPM

SPM bukan sekadar satu peperiksaan biasa – ia adalah tiket kepada masa depan yang lebih cerah. Bagi pelajar yang mungkin sedang berfikir untuk ponteng, ingatlah bahawa ini adalah satu peluang yang sukar untuk diulang. Jangan sia-siakan usaha bertahun-tahun hanya kerana malas atau kurang motivasi.

Kalau ada masalah, cari bantuan dari guru, ibu bapa, atau kaunselor sekolah. Mereka sedia membantu, Jangan jadi sebahagian daripada statistik calon yang tak hadir, nanti menyesal di kemudian hari.

Apa pendapat korang tentang isu ni? Ada kawan-kawan korang yang tak hadir SPM tahun ni? Kongsikan di ruangan komen!

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pengaruh Influencer Dikaitkan Dengan Peningkatan Ketidakhadiran Calon SPM 2023
Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pangeran Antasari: Pahlawan Banjar yang Tidak Pernah Tunduk
Next Article Susah Nak Buka Mulut, Ini 10 Sebab Mangsa Buli Diam Seribu Bahasa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?