• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba

Oleh
Husna Hazmi
20 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Antara cafe yang best dan santai di Miri

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Miri, Sarawak, merupakan sebuah bandar yang terletak di utara Borneo, Malaysia. Selain daripada keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, Miri juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan yang kaya dengan pelbagai rasa dan tekstur.

Selain daripada makanan, kafe-kafe di Miri juga menawarkan suasana santai yang sempurna untuk menikmati pengalaman bersantap sambil menikmati pemandangan kota yang ramai. Jika anda ingin mencari port lepak yang santai dan juga menawarkan makanan serta minuman yang best, kami sediakan 3 cafe menarik di Miri untuk anda cuba.

1. Route 66 Cafe

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba
Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Kredit gambar: @route66sarawak

Bagi penggemar kopi, Route 66 Cafe memberikan pengalaman menghirup kopi berkualiti tinggi dibuat oleh barista yang berpengalaman. Kopi yang disediakan bukan sahaja kelihatan cantik namun rasanya juga memang padu. Di sini juga ada menyediakan pastri yang menarik dan suasana di cafe ini juga santai dan amat sesuai untuk lepak bersama rakan.

Maklumat penting

Lokasi: Pak San Bundle, Lutong, 98000, Sarawak

Waktu operasi: 8am-6pm (Isnin-Jumaat), 10am-6pm (Sabtu & Ahad)

Hubungi mereka: 085-654 759

2. JS.Coffee&Cakes Cafe

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba
Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Kredit gambar: @jscoffeecakes  

Penggemar kopi bersama kek ini adalah tempat yang sesuai buat anda. Di sini, mereka menghidangkan pelbagai jenis pastri yang menarik seperti cream puffs, tarts dan pelbagai jenis kek yang sedap. Bagi yang kurang gemar minum kopi, anda boleh cuba matcha latte mereka diperbuat daripada matcha powder yang berkualiti tinggi. Lepak bersama kawan dan juga orang tersayang amatlah sesuai di sini.

Maklumat penting

Lokasi: Lot 3565 (Ground Floor), Block 5, Al-Bayt Square, 101 Commercial Centre 98000 Miri, Sarawak, Malaysia.

Waktu operasi: 9:30am-6:30pm

Hubungi mereka: 011-2640 8009

3. Goya Cafe

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba
Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Kredit gambar: @goya.myy

Kalau anda ke Goya Myy ini, pasti anda akan rambang mata melihat variasi makanan yang ditawarkan mereka. Semua menu makanan dan pastri di sini amatlah menarik dan semestinya sedap. Tempat ini juga amat sesuai untuk lepak dan bersantai bersama rakan mahupun dengan keluarga.

Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba
Ini Cafe Menarik Yang Menawarkan Suasana Santai Di Miri Anda Boleh Cuba. Kredit gambar: @goya.myy

Maklumat penting

Lokasi: Lot 3565 (GF), BLK 5, 101 Commercial Centre, Al-Bayt Square, 98000 Miri, Sarawak.

Waktu operasi: 9:30am-6:30pm

Hubungi mereka: 013-312 4416

Selain daripada Mee Kolok dan Laksa Sarawak, suasana santai di kafe-kafe setempat menambah lagi daya tarikan bandar ini sebagai destinasi makanan yang menarik. Oleh itu, bagi sesiapa yang mencari pengembaraan masakan atau makanan yang memuaskan di Borneo, Miri, Sarawak, pastinya menjadi pilihan yang memuaskan selera dan menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat makan di Miri:

Restoran De Tanjong Tawar Pengalaman Best, Makan Tepi Pantai Sambil Layan Sunset Di Miri
Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Next Article Ini Senarai Hotel Di Kuching Tawarkan Christmas Buffet 2023 Ini Senarai Hotel Di Kuching Tawarkan Christmas Buffet 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?