• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa ‘Cash’

Oleh
Ismail NA
28 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Memang perlu sangat sebab selalu tak bawa duit ‘cash’.

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa ‘Cash’. Pernah atau tidak, anda terlintas melihat penjaja kecil di tepi jalan yang menjual makanan dan minuman yang sedap tetapi rasa ‘turn-off’ sebab tak ada duit tunai? Perkara ini bukan lagi sesuatu yang janggal malah hampir kebanyakan orang pada zaman sekarang sudah mengamalkan gaya hidup ‘cashless’ di samping untuk mengurangkan sentuhan, lebih-lebih lagi di musim pandemik.

Isi Isi Penting
  • Memang perlu sangat sebab selalu tak bawa duit ‘cash’.
  • Tambah DuitNow QR Pay sebagai satu lagi kaedah pembayaran selain tunai
  • Untuk penjaja yang menggunakan CIMB Click :
  • Untuk penjaja yang menggunakan Maybank2U :
  • Panduan untuk pelanggan yang ingin membayar menggunakan QR DuitNow
  • Ini pula merupakan 5 aplikasi e-wallet yang paling popular dan digunakan secara meluas di Sarawak :
  • Untuk kaki shopping, jangan lupa pasang extension ini untuk elak daripada kena scam :

Bagi penjaja pula, tentunya ini adalah satu kerugian kerana pelanggan tidak jadi membeli jualan anda hanya kerana anda tidak menyediakan kaedah pembayaran selain menggunakan wang tunai. Jadi, apa solusi untuk masalah ini?

Tambah DuitNow QR Pay sebagai satu lagi kaedah pembayaran selain tunai

Tahukah anda bahawa anda boleh memanfaatkan kod QR Duit Now sebagai kaedah pembayaran dalam talian anda?

Untuk pengetahuan anda, DuitNow QR ini merupakan standard nasional QR Malaysia yang ditubuhkan oleh Paynet di bawah Bank Negara Malaysia (BNM’s Interoperable Credit Transfer Framework). Pendek kata, ia merupakan kod QR standard di Malaysia yang boleh menerima bayaran daripada mana-mana bank atau e-wallet yang turut serta dalam sistem ini.

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'
Kredit foto : Amanz

Kod QR Duit Now ini boleh didapatkan menerusi aplikasi mudah alih perbankan di Malaysia seperti CIMB Click, Maybank2U, MAE dan sebagainya. Kemudian, cetak dan pamerkan di hadapan meja jualan. Kod QR ini adalah unik untuk bank akaun yang anda gunakan untuk menerima transaksi penjualan. Tapi jangan sampai salah pamer kod pula. Masuk akaun orang lain pula nanti.

Dalam artikel kali ini, kami ingin menunjukkan kepada anda terutamanya penjaja kecil tepi jalan bagaimana mahu meningkatkan jualan dan menarik lebih ramai pelanggan dengan mewujudkan kaedah pembayaran kod QR ini. Mudah saja bah!

Untuk penjaja yang menggunakan CIMB Click :

1. Buka aplikasi CIMB Click anda. Tekan pada pilihan “DuitNow QR”

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'

2. Kemudian, tekan pada pilihan “Receive” di sebelah kanan bawah aplikasi.

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'

3. Kod QR Duit Now akan tertera serta merta. Ambil gambar tangkap layar (screenshot) dan cetak. Kalau nak lagi cantik, bingkaikan dan letakkan pada meja jualan anda agar pengguna dapat membayar secara terus dari aplikasi perbankan mereka!

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'
Ini 3 Langkah Mudah Penjaja Kecil Boleh Setup Kod QR DuitNow Untuk Pelanggan Yang Selalu Tak Bawa ‘Cash’

Untuk penjaja yang menggunakan Maybank2U :

1. Caranya lebih kurang sama seperti CIMB Click. Buka aplikasi Maybank2U dan tekan pada pilihan “QRPAY”.

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'

2. Tekan pada pilihan “Receive”.

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'

3. Ambil tangkap layar dan cetak! Kemudian, pamerkan di meja jualan anda. Semudah itu, gais!

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'

Langkah yang sama juga boleh anda cari tahu di aplikasi perbankan dalam talian yang lain kerana DuitNow ini sememangnya digunapakai oleh kebanyakan bank di Malaysia. Cari pilihan “QRPay” atau “DuitNow QR”. Haa, itulah tu.

Berikut adalah senarai bank yang menyokong penggunaan DuitNow QR :

Panduan untuk pelanggan yang ingin membayar menggunakan QR DuitNow

Semestinya ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan pengguna tegar aplikasi pembayaran dalam talian atau ‘cashless’. Untuk membayar menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu membuka aplikasi perbankan pilihan anda, cari pembayaran QR (QRPay) dan imbas kod QR jualan. Bukan setakat boleh bayar dari aplikasi perbankan, anda juga boleh bayar menggunakan aplikasi GrabPay, ShopeePay, Boost, atau Touch ‘N Go e-Wallet!

Anda semestinya tidak perlu risau sekiranya tiada bank yang sama dengan penjual kerana kod QR ini boleh diguna pakai untuk transaksi yang melibatkan dua bank atau aplikasi yang berbeza. Gempak kan?

Beginilah rupa jika stall atau kedai kecil anda mengguna pakai kaedah pembayaran DuitNow QR Pay selain pilihan menggunakan tunai. Wahh, maju betul kan?

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa 'Cash'
Cashless Ecosystem for Cyberjaya bersama Malaysia National QR di Cyberjaya Selangor. Kredit : The Malaysian Reserve

Bah, katanya nak menuju ke era ekonomi digital. Naik taraf lah perniagaan anda dengan menyediakan kod pembayaran QR DuitNow ini di kedai anda dan lihat jualan anda meroket lebih hebat daripada biasa.

Ini pula merupakan 5 aplikasi e-wallet yang paling popular dan digunakan secara meluas di Sarawak :

Untuk kaki shopping, jangan lupa pasang extension ini untuk elak daripada kena scam :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagu Iban Diciplak Dan Digelar ‘Single’ Baru, Penyanyi Asal Tersentak Kecewa
Next Article Sanggup Bunuh Wanita Untuk Ilmu Hitam, Ini Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?